Pages

Thursday, October 24, 2013

My workstation aka study space aka SOHO space saya

Assalamualaikum,
Sebelum saya memulakan projek DIY saya ni, dengan penuh kasih mesra, saya meminta jasa baik en.hubby untuk tolong saya setup workstation aka study space aka SOHO space untuk saya, which is saya decide untuk letak satu bilik dengan bilik permainan anak-anak. Kenapa satu bilik yang sama? sebab anak-anak saya ni, ke mana mummy dia pergi dia orang membontot jer...hahahaa... senang kata ikut je ke mana mak dia pergi, ke toilet pun dia tanya mummy nak pergi mana. Takut benor mak dia ni hilang... ihik-ihik... mummy perasan kannnn.... hahahaha

Okaylah berbalik kepada cerita workstation/study space/SOHO space, saya setup untuk kegunaan saya untuk buat craft bersama-sama anak, menulis blog dan juga untuk business saya. Juga tempat saya membaca, sementara menemani anak-anak bermain. Bila dah dalam satu bilik yang sama, in shaa allah anak-anak tak mengganggu saya masa saya sedang sibuk bekerja. Sebab fokus diorang sudah beralih kepada mainan yang banyak dalam bilik mainan tu. So mummy pun dapatlah membuat kerja-kerja business dengan amannya. Kecuali buat craft memang si abang akan join sama. Dialah tukang pegang solletape, tukang gunting, tukang letak gam semua. heeee... yang penting waktu yang kita spend sama-sama tu yang penting, dan yang penting anak happy, daddy dia balik kerja je mesti dia tunjukkan hasil craft yang dia buat sama-sama dengan kita tadi. Moreover, selesai je kerja-kerja mummy, mummy pun boleh join sama main dengan anak-anak. Alhamdulillah..

Ini juga salah satu cara untuk mengalih fokus anak-anak pada televisyen. 24 jam asyik dok mengadap tv je kan. So bila masing-masing dah masuk bilik mainan, confirm akan spend masa dekat situ, lebih-lebih lagi mummy dia pun ada dalam tu, lagilah lama depa bertapa dalam tu ye dop?? hehehe... So far so good. Alhamdulillah. Dan bilik ni kami setup awal sebelum saya mengenali blog susunatursioca itu iaitu pada hari gambar diambil pada bulan september 2013. huhu dah lama dah... baru nak buat blog dan nakkkkk jugakkkk blogkan kannn... ntah papela.... hehehe....

Sebelah kanan bilik - work/study/SOHO space mummy

Sebelah kiri bilik - tempat mainan anak-anak

Gambar keseluruhan bilik. 
Time ni dah bersepah dengan barang business mummy. huhu..

p/s : Gua bertapa tempat mummy dan anak-anak spend masa, sekurang-kurangnya sehingga ke waktu tidur anak-anak iaitu pukul 11 pagi.

Tuesday, October 1, 2013

Siapa saya????

Assalamualaikum...
Okay sebelum saya meneruskan penulisan blog ni, actually, saya sudah pun menulis lama dulu dah. Tapi blog perjalanan kehidupan saya itu, saya asingkan dengan blog ni. Sebab purposely blog ni hanyalah untuk kerja-kerja keras tangan saya. ahaks.. kelakar... ni semua gara-gara terpengaruh dengan blog susunatursioca selepas diperkenalkan oleh rakan baik saya iaitu Puan zuhaira.

Sebelum meneruskan, saya nak bagi tahu saya ni adalah pengumpul tegar semua jenis barangan yang boleh dikitar semula. Tapi tidaklah termasuk barangan yang boleh dijual semula tu. Yang itu tidak termasuk (walaupun ada jugakkkk). Tapi yang saya maksudkan di sini adalah barangan yang boleh digunapakai semula oleh saya sendiri satu hari nanti. Ha.... caya tak, sampul hadiah kahwin saya tahun 2009 dulu pun saya buat koleksi tau. Simpan baik punyer. Dah berapa tahun tu?? nak masuk 5 tahun okehhhhh.. Sebab dalam hati, konon-konon satu hari nanti boleh guna nak balut kotak2 untuk projek DIY. Ihik ihik... lama benor mengumpul, tahun 2013 barulah ada kesempatan nak menggunakannya. Nama pun dah jadi housewife kan... so wajiblah recycle semua barangan yang boleh di recycle untuk menjimatkan duit suami jugakkkk... giteewwww...baik kan saya sebagai isteri....(okay masuk bakul angkat sendiri...hehehe)

Nanti saya tangkap gambar satu persatu hasil collectable saya tu. pelikkkk tapi benar....

p/s : blog peribadi saya boleh tengok kat sini.. http://irtsalus.blogdrive.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...