Pages

Sunday, March 30, 2014

Kotak Mainan daripada Bekas Tupperware.

Assalamualaikum....

Tupperware(bukan brand tupperware tu yer) dekat rumah saya ni sangatlah banyak. Separuh daripadanya en.ed dah pun buang masa kemas dapur lepas renovate dapur dulu... sob...sob..sob... padahal saya dah ada plan nak buat apa dengan tupperware-tupperware tu... huhuhu... Tapi oleh sebab saya ni collector, so tupperware dekat rumah ni menimbun semula.... muahahaha... awal-awal dah inform en.ed, jangan di buang tupperware tu, ada benda saya nak buat... heee.... antaranya inilah.... bekas mainan anak-anak.

Terfikir nak organize cara ni sebab baca dekat blog VANILLAPINK. Cara dia labeling bekas mainan pun menarik. Terima kasih dekat tuan blog sebab share idea yang best ni. Satu lagi sebab panglima besar saya sangatlah suka tonggeng kotak mainan. Oleh sebab semua mainan pun mummy dia dump dalam tu, so bila dia tonggeng tu memang bersepah yang amat... sakit mata tengok mainan kecil-kecil berterabur. Yang best nyer sebelum tonggeng kotak mainan tu, dia minta green light dulu "Mummy, nanti ayash nak kemas balik.". Okey, anak dah cakap gitu, takkan tak bagi pulakkkk. Tu yang boleh came out with this idea. And of course FOC la... hehehe.... i like...

Tupperware yang dah siap dibasuh.


Ta daaaa.... save bajet sangat kan... saya buat letak mainan anak... animals, hot wheel car, puzzle, etc....

Untuk labeling pula, saya menggunakan kad warna hitam. Sebelum ni saya ada buat entry pasal koleksi kad-kad kahwin kan, hehe.. saya recycle kad-kad itula... cuma this time saya pilih kad hari raya yang ntah tahun bila punya.

 First saya potong kertas recycle ikut shape yang saya kehendaki. Then, letak atas kad hitam dan lukis kad ikut shape kertas tadi. Dah siap potong saya pinjam crayon anak saya untuk buat label tu. Saya guna crayon warna grey. <- takde pen warna silver. Crayon anak pun jadilah kan... Lastly, saya tampal guna double sided tape.

Kotak-kotak tupperware yang dah siap labeling.

p/s : Rasa-rasa boleh bertahan berapa lama label tu sebelum di koyak oleh panglima-panglima saya ??? T_T

Sunday, March 23, 2014

Fresh Flower Decoration

Assalamualaikum....

Last saturday kami 1 family pergi menghadiri kenduri kahwin dekat shah alam.... so ni la hasilnya.. fresh flower decoration....heeee... masa nak balik tu sempattttt rembat fresh flower yang dijadikan decoration dekat hallway dewan...ihik2... dan oleh kerana ni majlis kahwin cousin en.ed, so en.ed la tukang kutipnya... ingatkan kami je kutip... rupa-rupanya semua aunty2 pun hangkut jugakkkk... bezanya diaorang hangkut sebakul sorang... kamiiii... hangkut 3 bakul okehhhh... hahaha... sampai uncle en.ed cakap, ingatkan ada baby dlm stroller, rupanya bunga jerrr... ihik2... harus di ingat ye, nak rembat fresh flower time majlis dah abis. kang ada pulakkk orang kena jerit dari atas dewan... ihik ihik...

Satu dekat coffee table living hall.


Satu dekat side table living hall.

Yang satu lagi saya cerai-cerai masuk dlm cawan hiasan coca cola. Satu dekat makeup table.


Satu dekat atas almari plastik panglima kecil..


P/s : Terima kasih dekat en.ed. sebab suka layan isteri dia punyer kerenah ni.... hahaha...

Monday, March 17, 2014

Deco-deco dekat family hall

Assalamualaikum...
Hari ini nak cerita pasal make over kecil-kecilan dekat family hall pulak, iaitu pemasangan rak. Rak ni dibeli sekali dengan utensils organizer dekat ikea, raya cina yang lepas. Sebelum nak cerita pasal rak ni, saya nak share dulu diy wall decoration. Actually dapat idea ni masa tengok cerita Samantha Pynn ~ Pure Design... huhu sangatlah suka cerita dia, sebab deco dia sangat bersesuaian dengan citarasa saya.

Okay berbalik pada cerita wall decoration tadi, saya recycle gabus yang saya dapat masa saya tempah photo canvas (photo canvas ni sampai sekarang tak bergantung lagi, huhu). Diaorang post photo tu siap di balut dengan gabus.

Ni dia rupa gabus tu. Gabus bekas pembalut canvas printed
Gabus tu saya cantum-cantum jadi panjang.


Kemudian saya balut dengan kertas pembalut hadiah yang saya recycle juga daripada koleksi kertas pembalut hadiah kahwin saya dulu.


Then, saya letak sellotape dekat bahagian belakang kertas pembalut hadiah dan tampal dekat atas tv. Okay itu design pertama untuk deco atas tv. Ni projek awal tahun, tetiba masuk raya cina, ada deco baru pulak.


Untuk deco kedua pula, of course la saya pasang rak yang saya beli di ikea itewww... dan macam biasa di diy oleh en.ed saya.
Gambar canvas printed tu, oleh sebab dah bertahun beli tak bergantung, so saya letakkan atas rak macam tu jer...nampak tak hasil contengan kat tepi tv tu, mural art panglima sayalah... siapa lagi... cancel cheq nk pasang wallpaper... T_T

deco dinding tu saya letak dekat sebelah kiri family hall
Heee... takde idea sebenarnyer nak letak dekat mana.

Full view  family hall saya dekat tingkat atas.

Cerita pasal family hall saya ni, nampak tak cuma ada seketul je kerusi single seater dekat situ. Kerusi tu request daripada mak buyunglah... Time preggy kan budak-budak ni, saya request en.ed bawak naik satu kerusi untuk saya duduk... huhuh... mak buyung mana boleh duduk atas lantai... sakit punggung cheq... ahaks... (ngengada kan...). Area family hall tingkat atas ni memang sajer biar lapang macam ni, supaya senang si panglima besar nak main lari-lari. Memang sajer letak banyak-banyak bantal dekat situ, again, saya tak boleh tido tidak beralas tilam, sakit-sakit badan dibuatnya (ngaku jela dah tua kan senang... ahaks). So, bantal-bantal yang ada saya susun-susun buat macam tilam sebelum landing atas tu... hehehe...(ada perancangan macam nak letak sofabed, tapi nanti dulu sebab deco belum muktamad.. hehehe) Dekat sinilah, tempat kami berkumpul setiap kali weekdays dan pagi weekends. Tempat saya gantung wall deco tu, bilik sebelahnya adalah SOHOroom/playroom.


Okay, yang ni pulak living room kedua/family room dekat tingkat bawah, tempat  yang dibenarkan untuk anak-anak membuat sepah aktiviti. So tak adalah diorg kacau living room utama kan... tak adalah terkocoh-kocoh nak kemas living room kalau-kalau ada tetamu datang mengejut. Dekat family room/living room kedua ini jugaklah tempat berkumpulnya family belah saya dan belah en.ed kalau diorang datang, tempat kami anak-beranak berkumpul pada petang hujung minggu... sambil tengok tv, sambil minum petang, sambil buka pintu sliding door, sambil tengok baby cat ayash bermain-main....sambil menghirup bau taik kusing... hehehe...suka keadaan tenang macam tu... tu yang tak sabar nak tunggu en.ed bercuti hujung minggu... erm....

p/s : Moh kita ber shopping dekat rehanswardrobe jom.... banyak barang-barang menarik menanti anda... (baik punyer promote... hehehe)

Tuesday, March 11, 2014

Pixajoy giving out photobook for free

Assalamualaikum...
Apa khabar kawan-kawan susun atur semua... Ni ada something saya nak share dari website deal...

Pixajoy offer free photobook, cuma perlu bayar postage RM8(WM) RM12(EM) jer... Boleh buat photobook untuk anak-anak. My 1st year book gitewww... ataupun My baby book...hehehe

36 pages, mini square soft cover photobook 6 x 6. Kecil, tapi sebab free, so worth it sangat. Offer habis hari ni tau...lagi 5 jam sahaja lagi..

https://www.livingsocial.com/sponsors/offers/159-pixajoy_freebook?preview=true

p/s : Sharing is caring...

Sunday, March 9, 2014

DIY storage compartment

Assalamualaikum,

Lama betol saya tak bersiaran kan... kengkonon dah set nak buat at least 1 entry per week, tapi..... last 2 week, satu entry pun tak dapat. heeeeee.... terlalu bz dengan budak-budak. Alhamdulillah, adik firzan dah semakin baik dan sudah aktif seperti biasa. Berjalan je keje dia sekarang .

So, dikelapangan yang ada, sambil-sambil panglima kecil leka bermain, sambil-sambil panglima besar mengasah bakat menggunting kertas, sambil-sambil mak dia pula buat craft simple untuk organize socks and handkerchief si panglima kecil itu. Let pictures do the talking shall we?





Tu dia... keadaan before and after dalam laci panglima kecil. Okayla, senang sikit nak pilih-pilih stokin dia.Oleh sebab dia masih lagi bertapa dalam bilik mummy dia ni, so almari dia guna almari plastik warna merah jerrr...

p/s : That's all for now.. Till then...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...