Pages

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum,

Maafkan saya jika ada perkataan saya yang menyakitkan hati anda,
Maafkan saya jika ada perkataan saya yang mengguris hati anda,
Maafkan saya jika ada perkataan saya yang menyentuh perasaan anda,

Maafkan saya jika selama kita berkenalan saya ada berbuat salah dengan atau tanpa disedari.

Semoga anda semua berbahagia menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta.

Drive baik-baik, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah anak-anak dan isteri yang disayangi...




Monday, July 21, 2014

My Living Room Area ~ Ruang Tamu Raya 2014

Assalamualaikum,

Deko ruang tamu pulak. Raya nak dekat yea...yeayyy.... hehe...Okaylah, untuk tingkat bawah ni, sebenarnya ada 2 ruang tamu. 1 ruang tamu untuk family dan satu lagi lebih kepada ruang tamu formal. Tapi tidaklah formal mana, sebab panglima-panglima saya masih lagi suka memunggah kusyen-kusyen yang ada di situ, menyusunatur meja-meja lepas tu main lompat dari meja ke kerusi... hah... boleh bayangkan tak tahap kesepahan dia... lotihh maknyer nak ngemas.... terasa macam nak pasang pintu sliding, bagi tutup terus bahagian ni, tapi tak praktikal sebab ruang rumah nampak lebih sempit dan anak-anak tak bebas bermain.

Okay, untuk ruang tamu family, boleh baca selanjutnya dekat SINI ye, sebab saya dah pernah share sebelum ini. Bagi ruang tamu formal pula, saya menggunakan perabot kayu jati, kekonon nak deco ala-ala France. So, furniture yang kami pilih pun ala-ala France. Tapi oleh sebab laki bini tak pandai men deco, ala France semuanya ke laut... haishhhh...

Perabot jati saya ni bukan gred A, gred biasa-biasa je. Gred A cheq x mampu, jati ni tak tahu gred apa, tapi yang pasti, ni kayu jati muda, that why kalau angkat tak berat sangat dan warna kayu dia light brown tak berapa hitam. Kalau kayu jati gred A which is kayu tua, yang itu memang berat, kayu pun kehitaman sedikit warnanya dan harganya of course lagi mahal. nasib baiklah perabot jati yang berwarna kehitaman saya tak berapa minat, kalau tidak kopaklah duit tabung.

Set perabot jati ni saya beli di puchong. Tak ingat nama kedai dia, tapi kedai dia betul-betul dekat tepi highway dan sebelah dengan flyover selepas tol RM1.60. Actually, kedai dia juga buat custom made furniture dan juga upholstery perabot lama. Kalau ada perabot lama yang nak tukar baju tu boleh hantar ke kedai dia. Saya beli perabot ni pada awal tahun 2010. Alhamdulillah sekarang dah 4 tahun guna, masih kukuh, kain pun masih cantik, sebab jarang guna ruang ni.

Macam yang saya bagi tahu dekat entry saya yang lepas, en.ed memang suka menyusunatur perabot dia. So, meh kita tengok berapa kali dah susunatur ruang ni berubah. Tapi ni sebahagian sahaja, sebab gambar lama semua dalam external hardisk.

1. Living room area for the year 2013. 
Perasan tak frame tu, dah berubah kedudukannya ke dining hall saya.


Ruang tamu akhir tahun 2013. Kekonon nak mewujudkan reading corner di situ. 
Tak berapa praktikal sebab susah cheq nak membersihkan kabinet kat ceruk tu.


Ruang tamu awal tahun 2014. 
Frame atas kerusi sudah bertukar..


Ruang tamu raya 2014. 
In shaa allah deco belum muktamad. Selagi belum raya, selagi tu la akan ada perubahan.... hehe


p/s : If kawan-kawan tak keberatan, cer vote susunatur ruang tamu mana yang kawan-kawan suka. Mana tahu cheq tukar semula sebelum raya.... kekekeke...

Wednesday, July 16, 2014

Reorganized and Cleaning Display Cabinet

Assalamualaikum,
Raya nak datang.... so sebelum puasa lagi, saya dah buat some deep cleaning. Penting supaya tidak kehilangan tenaga masa bulan puasa semata-mata melakukan kerja-kerja pembersihan. Bolehlah tumpukan lebih masa untuk beribadat dengan lebih tekun. In shaa allah.

Okay, some of the most important thing yang saya buat sebelum puasa bermula adalah membersihkan display cabinet. Display cabinet ni jenis open, tiada penutup, so segala habuk berjemaahlah berkumpul dekat situ. Satu kerja yang tidak susah tetapi remeh. Kabinet ini adalah pembahagi antara ruang dapur dan juga ruang makan. Takkan nak bagi tetamu makan sambil mata tertumpu pada habuk-habuk yang tebal dekat kabinet tu kan. So, that why it' s an important task. Fuhhh... memang berpeluh ketiak membersihkan pinggan mangkuk dan segala macam perhiasan dekat kabinet ni. And some of the magazine I use a different approach to make it more simpler the next time I need to clean the cabinet again. Which is, I store it in a box. Tapi en.ed kata, nanti orang tak nampaklah magazines tu? Okay the main reason we put the cabinet there, is to have an area like a mini library, but it turn out to be unused. So, there's no point on displaying the magazines isn't? heheehe...

Ada 2 kabinet yang perlu dibersihkan, dibersihkan daripada habuk dan juga daripada perhiasan-perhiasan yang main letak je dekat situ. Iaitu, door gift yang kami dapat daripada wedding ceremony, ataupun kenduri-kendara. Oleh sebab tak ada tempat khusus untuk meletak semua perhiasan tersebut, jadinya dekat kabinet itu jugakla tempatnyer. So, selain daripada membersihkan kabinet daripada habuk dan kekotoran, the purpose of this cleaning also to take out mana-mana perhiasan yang tidak bersesuaian dengan tema rumah. Tema rumah pada tahun ini masih lagi merah hati.



So, here's the look before and after I reorganized the cabinet. 
Can you spot the clutter???


Here's the look of my cabinet from the side of dining area.

Tip untuk menyusunatur ruang kabinet :
1. "When styling bookshelves, small pieces looks more dramatic and less cluttered when grouped with like items". Professional organizer Nancy Heller
2. Make sure to place books or more big items in the lower cabinet.
3. "Don't put paperbacks or the ones that got wet on vacation out.If you have a good collection of books, you don't need to display paperbacks. You have to be able to let go." Professional organizer Linda Rothchild.

Untuk no.3 tu, saya memang banyak buku yang paperback. Nak tak nak memang kena letak gak kat situ. Kalau tidak storlah jawabnya tempatnyer. Haihhhhh....


p/s : Masih lagi newbie dalam menyusunatur ruang kabinet ni. Still tak nampak comel... erm... Maybe I need to buy/diy more storage box, untuk simpan semua perhiasan yang kami dapat dan bawak keluar time tukar theme rumah. Boleh gitu???

Tuesday, July 8, 2014

My Dining Area

Assalamualaikum,

Sejak mula pindah masuk rumah lagi ruang tamu, ruang makan di rumah saya ni sudah banyak kali berubah susunatur dia. Sebab en.ed sangat rajin menukar-nukar susunatur furniture dekat tingkat bawah ni. Tak larat rasanya nak amik gambar setiap kali susunatur berubah.

Dan sempena nak raya ni, memang berubah lagilah susunatur perabot saya. Boring katanya. So, setiap kali raya, susunatur furniture memang akan berbeza dari raya sebelumnya. As for me, suka je...ihik ihik, as long as me tengok je... dan tukang bagi arahan... kekeke...



Ruang makan satu masa dahulu... 
Open trang- tang-tang ha.... terus nampak dapur yang berserabut... 
Tak yah share lah ye gambar dapur, cheq segan.... huhu


Ruang makan raya 2014. Saya request untuk alih kabinet menutup sebahagian besar dapur yang tidak ber kitchen cabinet.



Dinding ruang makan selepas di beri nafas baru. Takdelah kosong sangat macam ni. 
Frame present masa kahwin. 
Set meja ni kami dapat free... sukeeee... kebetulan cousin en.ed nak pindah rumah, so, semua furniture dia beli baru, yang lama-lama dia sedekahkan. Kami dapat grab meja makan jerk. Alhamdulillah.


Macam biasa, kepimpinan melalui teladan kekdahnya. 
Semoga berkekalan sampai ke besar kerajinan menolong bapak dia ni. 
(Cheq buat kuih dia langsung tak pandang... sob...sob...)


Pemandangan keseluruhan ruang makan. 
Hopefully bertahanlah display cabinet tu dekat situ sampai kami ada kitchen cabinet.


p/s : Lepas ni saya share pula ruang tamu saya yang dah di reorganized juga. Sebab kabinet dah letak dekat ruang makan. Mood nak join contest susunatursioca banyak-banyak.... sebab hadiah-hadiah dia sangatlah mengujakan hati saya.

Friday, July 4, 2014

Kemas Barang Baby.

Assalamualaikum,
Oleh kerana panglima kecil saya sudah pun membesar dengan sihatnya, alhamdulillah, so banyak juga barang baby yang belum berkemas sepenuhnya seperti travel cot, pillow and bolster baby, baby toys, baby's comforter....etc. Rasa-rasa kalau saya jual semua barang baby ni ada tak ye yang berminat??? Huhu... dan oleh kerana dekat rumah ni sangatlah kekurangan ruang storage untuk menyimpan barang baby tersebut, so saya gunakan kotak terpakai untuk menyimpan barang-barang baby yang besar-besar supaya tak sakit mata memandang longgokan barang baby. Before ni main letak je atas almari panglima besar saya.

Saya guna kotak oven untuk menyimpan barang baby yang besar-besar.
Menggunakan 3 wrapping paper untuk kotak dan 2 wrapping paper untuk penutup kotak.
Fuhhhh nasib baiklah saya ni collector yang tegar juga...hehe


Oleh sebab nak menyimpan barang-barang baby so bahagian dalam kotak saya balut dengan kertas kajang warna putih. Nampak suci murni bersih gitu...eheh

Barang-barang baby yang sudah siap sedia untuk disimpan.

Before longgok atas almari panglima besar je. 
After longgok jugak but in a nice way.


Baju-baju baby dan baju maternity saya simpan dalam storage box plastic supaya lebih kedap udara dan baju-baju baby tak rosak. For the mean time, masih menghuni dalam bilik kami. Sebab masih lagi dalam proses men sort of baju-baju si panglima kecil tu. Hajat hati nak letak storage box tu dalam stor je tapi macam tak sampai hati, dengan keadaan stor yang menjadi tempat simpanan mesin rumput en.ed, tools dengan tayar motor bagai.. macam tak kena je kalau nak simpan dalam tu. Moreover, stor belum lagi di makeover. After makeover maybe kotak baby ni akan beralih tempat ke dalam stor juga. In shaa allah suatu hati nanti.



Di bahagian dalam penutup kotak saya tampalkan silica gel. Silica gel ini berfungsi untuk menyerap air dan lembapan di sekelilingnyer. Penting untuk memastikan barang yang disimpan tidak berkulat, berkulapuk dan akhirnya rosak. Make sure anak-anak tidak mudah untuk ambil yer. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil macam saya, mau semuanya dia masuk ke dalam mulut. ish..
Okey, biasanya kita jumpa silica gel ni di kotak-kotak kasut dan dusty beg handbag yang kita beli, ataupun dalam botol-botol vitamin. Kalau nak mengetahui lebih lanjut mengenai silica gel ni bolehlah baca dekat wikipedia

 
Common silica gel that can be found in Malaysia.
sumber google


contoh-contoh silica gel yang saya guna.


Jangan dibuang ye silica gel ni, sebab banyak kegunaan dia. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kegunaan silica gel ni boleh baca di SINI yer.


 Tu dia my cheeky panglima besar.... nak buat jugak. Habis dipunggahnyer kotak mainan dia... kepimpinan melalui teladan kekdahnyer.... haishhhh....






p/s : Bercinta juga nak membalut kotak sebesar kotak oven... tak ye-ye tak jadi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...