Pages

Tuesday, December 31, 2013

Sistem Simpanan Fail/Surat

Assalamualaikum....
Hari ini nak bercerita pasal sistem simpanan surat menyurat saya. heeee.. sebenarnya projek ini adalah projek tertunggak. Lama benor ambil masa nak siapkan projek ni. Almaklumlah sebelum ni saya adalah seorang wanita berkerjaya(cewahhhh....) tak berapa nak ada masa buat projek diy-diy ni. eheh... yelah.. keluar rumah sebelum matahari naik, balik pulak selepas matahari terbenam. Sisa-sisa masa yang tinggal saya habiskan untuk anak dan suami sahaja. Begitu juga dengan hari weekend  adalah masa beristirehat dan lepaking bersama keluarga. So semua projek ni terbengkalai begitu sahaja. Kumpul semua bahan-bahan dahulu, dah jadi suri rumah, kita pulun habis-habisan.. ahaks.... in shaa allah...

Okay, berbalik pada sistem simpanan surat saya, sebelum ni saya hanya simpan je dalam kotak A4 saya. Main tabur simpan gitu je. Bila nak cari certain surat, mulalah menjajau punggah segala mak nenek surat yang ada dalam kotak A4 tadi tu. So, sebagai solusi nya, saya balutkan kotak A4 saya tu cantik-cantik, menggunakan pembalut kertas hadiah recycle masa saya kahwin dahulu yang saya kumpul-kumpul. Gam sana sini, soletape sana sini... wallaaaa... inilah hasilnya. Dan saya tambahkan pembahagi untuk setiap surat. Supaya senang nak cari.
Pandangan dari side tepi kotak.

Kotak bahagian bawah tu pun kotak A4 juga yang saya dah balut cantik-cantik. Fungsinya adalah untuk meletakkan koleksi cd,vcd,dvd kami. Wajib masuk dalam kotak bertutup sebab dekat rumah ni ada 2 orang panglima yang sentiasa bersedia untuk bersilat, sebelum mummy dia bersilat, baiklah kita elakkan dulu panglima-planglima itu bersilat. hehehehe... 

Kotak di bawah ni pula, koleksi surat-surat dari zaman tok kadok, maksudnya dari zaman kami mula-mula pindah masuk rumah ini, bila tu??? iaitu pada tahun 2009. Maksudnya ini adalah surat-surat 5 tahun lepas. Semua ada di sini. Memang sengaja tidak menggunakan sistem fail, sebabnya tak rajin nak bawa keluar setiap surat dari sampul dia, then masukkan satu-satu surat dalam setiap fail...fuuuhhhhh a lot of work tu... hahahha dasar pemalas kan.....

Okay dalam kotak ini, cuma ada surat-surat bil dan surat-surat bank, which is surat-surat bank ada yang tak dibuka sebab dah tahu dah isi kandungan dia. So kita let it be like that. Manakala surat-surat bil sahaja yang kami buka contoh surat bil tm dan astro untuk mengetahui jumlahnya, tapi resit-resit bil memang tak ada simpan dekat mana-mana sebab kami jenis suka bayar online, so semua resit adalah dalam bentuk softcopy. Dah save space macam tu kan. easy peasy...(sebenarnya dua-dua pun busy takde masa nak ke kaunter... dah ada kemudahan kita gunakan sahaja... ye dop?? ahaks...)

Pandangan dari side atas. Abaikan tulisan yang tak berapa nak cantik itewww. Sebab dekat rumah ni printer tak pernah digunakan.Simpan je dalam stor. Bila ntah nak guna. Haihhhhhh

p/s : Another 5 year kena tambah kotak baru, ataupun kita sort out mana-mana surat yang dah boleh demolish... guna perkataan demolish tu...tak tahan betol lah... ihik.. 

Wednesday, December 18, 2013

A collector


Assalamualaikum..
Okay oleh kerana saya adalah salah seorang daripada collector itewww, jom kita tengok apa maksud collector tu? Yang ini saya cedok wiktionary

Collector : A person who or thing which collects, or which creates or manages a collection.

Collecting : The hobby of collecting includes seeking, locating, acquiring, organizing, cataloging, displaying, storing and maintaining whatever items are of interest to the individual collector. The scope of collecting is unlimited. "If something exists, somebody somewhere collects them "
(http://en.wikipedia.org/wiki/Collecting)

Tetapi adakah collector adalah satu penyakit? Saya rasa ia akan menjadi penyakit bila wujud obsession dalam setiap benda yang kita kumpul tu, macam... whatever it takes, I must get that items. giteeeww.... then bila dah dapat, tak tahu pula nak buat apa dengan benda tu kan... setakat untuk kepuasan diri sahaja. Boleh baca dengan lebih lanjut dekat bahagian Obsessive-compulsive disorder.

 Oleh kerana saya juga seorang collector, so bukan sahaja saya collect barangan yang boleh di recycle, saya juga ada collect duit syiling lama. Tapi hobi collector ni saya buat saja-saja, tidaklah sampai mengorek dan mencari duit syiling lama, apatah lagi membeli dari pengumpul duit syiling, seperti yang saya kata, saya buat sambil-sambil. Kalau ada, saya simpan, kalau tak ada pun takpe, saya tidaklah mencari dan mengorek. hehehehe... Nanti saya sharekan gambar duit syiling lama saya. Biasa-biasa jer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...