Pages

Thursday, February 6, 2014

Drop zone area

Assalamualaikum,
My drop zone area ni terletak bersebelahan dengan sliding door dan berhampiran dengan pintu masuk utama. Juga bersebelahan dengan hat and coat stand. Tujuan drop zone ni adalah untuk memudahkan en.ed meletakkan barang2 dia seperti kunci kereta, rumah dan yang sewaktu dengannya. Accessories pun dia letak kat sini, nampak benor meja make up bini dia ni dah conquered. Huhu...

Drop zone area

Bekas putih yang saya gunakan untuk drop zone ni adalah recycle daripada bekas hantaran masa kahwin dulu. Masa kahwin memang purposely beli bekas ni supaya akan datang boleh digunapakai semula. So takdelah membazir beli kan... Ada 3 bekas macam ni, tapi satu mak mertua dah cop. :p

Dua2 bekas ni saya letak dekat situ sebab salah satu adalah untuk meletak modem streamyx dan satu lagi barulah untuk meletak barang-barang en.ed. memang saje guna bekas besar, sebab en.ed memang banyak barang. Semua resit-resit, surat-surat pun dia suka letak dalam tu. Kekadang agreement apa-apa pun dia letak je kat situ. Sayalah yang tukang kutip then letak bersama-sama dengan kawan-kawan dia yang lain. Haihla... okey takpe saya faham sebab saya pun pernah bekerja dan serabut tidak organized langsung...semua benda nak senang dan cepat... huhu..

Tapi ada masalah sebenarnya dengan drop zone area ni. Sebab apa? Sebab ia menjadi tumpuan perompak untuk mencuri kereta. Senang je kan, tak yah geledah rumah untuk dapatkan kunci kereta, silap-silap wallet pun ada sekali dekat drop zone ni. Macam mana saya tahu? Believe me, I've been through. Perompak masuk rumah semata-mata nak curi kereta. En.ed pulak jenis letak wallet, jam dengan hp dekat drop zone ni, masa pencuri tu masuk, dia tak geledah tempat lain dah, sebab purposely dia masuk semata-mata nak curi kereta, tapi dah depan mata ada wallet dengan hp, dia sebat lah sekali kan. Nasib baiklah hp en.ed hp zaman dolu2, maksudnya bukan smart phone dan duit dalam wallet pun ada rm20 je time tu. Menjadi pengajaran pada kami. Sejak tu memang tak nampak dah wallet dia dekat drop zone ni. Tapi hp dengan jam masih di situ..

Tips untuk drop zone area ni, make sure jangan letak barang-barang berharga dekat situ. Biar jelah kunci kereta seketul kat situ, nak curi kereta pun takpe, bak kata en.ed, nasib baik ada kunci kereta, kalau dia cari kunci takde, takut dia apa-apakan kami anak beranak pulak... lagilah takut dan fobia kan.... biarlah hilang kereta, jangan hilang nyawa.

Rupa dia sekarang, serabut sikit hat and coat stand. Semua cap pun sangkut situ.

p/s : Hahaha panjang lebar saya bercerita, padahal nak cerita pasal drop zone area je pun, tapi saya share kanlah sekali pengalaman saya ek... hehehe. Sorry...

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. terdelete komen. Nak cepat punya pasal.. haishhhh....

      Delete
  2. Saya tension kt rumah sbb tangga selalu jadi drop zone. Setiap kali kosongkan mesti penuh balik...ish ish ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm... ruang tangga jadi drop zone?? Saya tak dapat imagine. Tapi apa kata linda try letak 1 kotak kat area tu, semua barang letak dalam tu. Then biar je kotak tu kat situ. Cuba tengok, menjadi tak trick tu.. heee.. just my 2 cent tau..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...