Pages

Monday, March 17, 2014

Deco-deco dekat family hall

Assalamualaikum...
Hari ini nak cerita pasal make over kecil-kecilan dekat family hall pulak, iaitu pemasangan rak. Rak ni dibeli sekali dengan utensils organizer dekat ikea, raya cina yang lepas. Sebelum nak cerita pasal rak ni, saya nak share dulu diy wall decoration. Actually dapat idea ni masa tengok cerita Samantha Pynn ~ Pure Design... huhu sangatlah suka cerita dia, sebab deco dia sangat bersesuaian dengan citarasa saya.

Okay berbalik pada cerita wall decoration tadi, saya recycle gabus yang saya dapat masa saya tempah photo canvas (photo canvas ni sampai sekarang tak bergantung lagi, huhu). Diaorang post photo tu siap di balut dengan gabus.

Ni dia rupa gabus tu. Gabus bekas pembalut canvas printed
Gabus tu saya cantum-cantum jadi panjang.


Kemudian saya balut dengan kertas pembalut hadiah yang saya recycle juga daripada koleksi kertas pembalut hadiah kahwin saya dulu.


Then, saya letak sellotape dekat bahagian belakang kertas pembalut hadiah dan tampal dekat atas tv. Okay itu design pertama untuk deco atas tv. Ni projek awal tahun, tetiba masuk raya cina, ada deco baru pulak.


Untuk deco kedua pula, of course la saya pasang rak yang saya beli di ikea itewww... dan macam biasa di diy oleh en.ed saya.
Gambar canvas printed tu, oleh sebab dah bertahun beli tak bergantung, so saya letakkan atas rak macam tu jer...nampak tak hasil contengan kat tepi tv tu, mural art panglima sayalah... siapa lagi... cancel cheq nk pasang wallpaper... T_T

deco dinding tu saya letak dekat sebelah kiri family hall
Heee... takde idea sebenarnyer nak letak dekat mana.

Full view  family hall saya dekat tingkat atas.

Cerita pasal family hall saya ni, nampak tak cuma ada seketul je kerusi single seater dekat situ. Kerusi tu request daripada mak buyunglah... Time preggy kan budak-budak ni, saya request en.ed bawak naik satu kerusi untuk saya duduk... huhuh... mak buyung mana boleh duduk atas lantai... sakit punggung cheq... ahaks... (ngengada kan...). Area family hall tingkat atas ni memang sajer biar lapang macam ni, supaya senang si panglima besar nak main lari-lari. Memang sajer letak banyak-banyak bantal dekat situ, again, saya tak boleh tido tidak beralas tilam, sakit-sakit badan dibuatnya (ngaku jela dah tua kan senang... ahaks). So, bantal-bantal yang ada saya susun-susun buat macam tilam sebelum landing atas tu... hehehe...(ada perancangan macam nak letak sofabed, tapi nanti dulu sebab deco belum muktamad.. hehehe) Dekat sinilah, tempat kami berkumpul setiap kali weekdays dan pagi weekends. Tempat saya gantung wall deco tu, bilik sebelahnya adalah SOHOroom/playroom.


Okay, yang ni pulak living room kedua/family room dekat tingkat bawah, tempat  yang dibenarkan untuk anak-anak membuat sepah aktiviti. So tak adalah diorg kacau living room utama kan... tak adalah terkocoh-kocoh nak kemas living room kalau-kalau ada tetamu datang mengejut. Dekat family room/living room kedua ini jugaklah tempat berkumpulnya family belah saya dan belah en.ed kalau diorang datang, tempat kami anak-beranak berkumpul pada petang hujung minggu... sambil tengok tv, sambil minum petang, sambil buka pintu sliding door, sambil tengok baby cat ayash bermain-main....sambil menghirup bau taik kusing... hehehe...suka keadaan tenang macam tu... tu yang tak sabar nak tunggu en.ed bercuti hujung minggu... erm....

p/s : Moh kita ber shopping dekat rehanswardrobe jom.... banyak barang-barang menarik menanti anda... (baik punyer promote... hehehe)

4 comments:

  1. luasnya dua-dua family hall awak...yg gambar last tu best sgt sebab dpt tgk cahaya matahari yg byk masuk dlm rumah...suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. fizah, tak luas mana pun fizah, sebab furniture tak byk kot...T_T... gambar last tu, kalau rumah sebelah tak ada orang barulah terbuka gitu, kalau tidak tertutup jugakkkk... hehehehe..

      Delete
  2. bestnye ade 2 living room...rumah awak memang nampak luas sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear sya.... huhu nampak luas sebab cara ambil gambar kot.. plus... anak saya lasak, tu yg biar famili hall kosong gitu... x dpt nak letak furniture byk2 sgt.... abis semua dia langgar kang.... haihhhhlllaaaa....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...