Pages

Tuesday, April 15, 2014

Kebun mini belakang umah

Assalamualaikum,

Terasa macam lama betul tak bersiaran. Padahal baru je seminggu.. heheh... Okaylah, oleh kerana musim kemarau baru je berlalu, kali ni saya nak kongsikan pula kebun mini saya yang tak seberapa ni. Oleh kerana rumah saya ni tak bertanah sangat, saya just buat yang termampu sahaja. Semua tanaman pon saya tanam dalam pasu je untuk memberi laluan pada tanaman landskap.

Antara tanaman yang saya tanam adalah pokok limau, cili, serai, kencur, bendi dan juga daun kuchai. Kebanyakkan pokok saya semai menggunakan biji benih yang saya keringkan sendiri ataupun yang saya dapat daripada jiran dan juga mak saya. Setakat ni memang belum pernah lagi membeli biji benih untuk menyemai tanaman-tanaman ni. Di bawah ni adalah antara tanaman-tanaman yang saya sudah semai.


Pokok serai

Tips untuk menyemai serai. Serai ni saya semai sendiri, sebab biasanya beli serai dekat giant, tesco or pasar malam, mesti diorang jual dalam kuantiti yang banyak, sedangkan yang nak digunakan cuma sebatang dua je kan, instead of biarkan je serai tu kering dalam peti, saya rendam dalam air sehingga keluar akar2 kecil, dah keluar akar2 tu, buatkan lubang dalam tanah  lepas tu masukkan je dalam lubang tanah yang dibuat tadi. Make sure guna pasu besar gabak ye..

Anak pokok cili dan anak daun kuchai


Tips untuk semai cili pula, sama juga dengan serai, kalau beli cili tu kekadang sampai cili tu busuk2 tak digunakan juga, kecuali kalau buat sambal barulah habis, otherwise memang sampai busuklah simpan dalam peti. So cili-cili yang busuk tu jangan dibuang, tapi letak jelah dekat tepi tingkap dapur bagi kering betul2. Dah kering bukak cili dan keluarkan biji-biji cili kemudian tabur jela dekat dalam pasu yang tanahnya sudah digembur.... confirm akan naik anak2 pokok cili nanti. Jangan lupa siram air lepas tabur ye... Nak tabur cili tanpa keluarkan biji cili pun boleh. Lagi senang...

Ok, untuk daun kuchai pulak, yang ini saya minta mak saya. Daun kuchai yang dah cukup matang akan mengeluarkan bunga yang ada buah, saya biarkan sahaja bunga tersebut dalam pasu sampai kering, then saya ambil buah yang dah kering tadi dan semai dalam pasu yang lain. Macam biasa saya tabur je dalam pasu yang tanahnya dah siap gembur. Dah tabur, siram air secukup rasa...

Daun kenchur dan pokok bendi

Untuk gambar atas, iaitu gambar buah kencur, yang ni saya ambil je dari rumah mak, ambil satu pasu, bila dah besar x cukup pasu tu saya buat dua pasu. Dapatlah dua pasu kencur. Alhamdulillah...
Gambar dibawahnya pula gambar anak pokok bendi. Biasa dekat giant atau tesco, kalau kita terbeli bendi tua, keringkan dan boleh guna biji bendi tu. Same goes to bendi. Semai macam yang lain2 jugak. Gembur tanah, tabur, siram.



Ok yang ni bukan tanaman untuk dimakan ye. Yang ini pokok keladi hiasan. Sajer je saya beli dekat giant untuk letak dalam rumah. Yang ini saya letak dekat tingkap dapur atas sinki, tujuannya senang nak siram. Seronok tengok ada tumbuhan semulajadi dalam rumah. 

Tips nak tanam tumbuhan dalam rumah, make sure pasu tidak menakung air. Supaya tiada pembiakan nyamuk aedes. Tanaman ni memang dapat pujian dari mak mertua, sebab dia kata tumbuhan ni memberi oksigen dalam rumah. Yesssss.... hehehe...


Pokok limau

Pokok limau ni tak tanam sendiri. Yang ni memang fully import dari rumah mak. Dengan pasu-pasu sekali cheq hangkut... hahaha... tq mak...


Contoh cili yang dah kering dan biji benih bunga rozelle. Biji benih dapat dari jiran sebelah rumah. 
Lepas ni nak tanam pokok rozelle pula.

Pokok pisang ada jugakkkk, tapi mati rentung dek kerana cuaca musim kemarau yang kering. Dah siram air pun masih tidak mencukupi. Takpe, takde rezeki nak makan pisang dalam masa terdekat. Kalau tidak berjemaahlah makan pisang dengan jiran-jiran....huhuhu..

Untuk baja pula, saya guna baja semulajadi, kalau dulu saya guna taik arnab, tapi since ciku si arnab saya sudah mati, saya guna taik kucing sahaja. Mentang-mentang rumah saya baru tanam rumput karpet baru, so kucing-kucing dekat taman saya ni berjemaah membuang atas pasir yang belum dilitupi rumput... cesss... tapi memang terbaiklah.. naik suburrrrr.... kuikuikui...

Satu lagi tips untuk tanah yang subur, of course guna tanah bakar. Kalau nak lagi senang beli je tanah yang dah siap dari nursery. Sebab tanah dari nursery biasanya dah tak perlukan baja sangat. Kami pula guna tanah yang en.ed bawak balik dari kebun kelapa sawit, iaitu tanah sawit. Pun subur jugak. Dan tips untuk menyiram, saya guna air lebihan basuhan beras. Semasa membasuh beras biasanya saya amalkan pembacaan Al-fatihah dan doa tertentu, air basuhan tu saya simpan dalam baldi untuk siram pokok <- tips dapat dari makcik saya. hehehe...

Tips untuk menggembur tanah pula, siram air terlebih dahulu atas tanah yang kering yang hendak digembur, then barulah mula menggembur. Penting supaya tanah jadi lembut untuk memudahkan kerja-kerja menggembur. Kalau tidak, boleh berpeluh ketiak menggembur tanah kering... ye dakkk??? hehehe...

p/s : Antara entry yang paling banyak tips yang saya kongsikan. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca. In shaa allah....

14 comments:

  1. wahhhhh bestnyaaa ada edible garden.

    Rumah i takde tanah, semua kena tanam dalam pots. Tapi tu lah, cerewet sikit nak menjaganya sebab kena rajin siram & baja. Serai i tanam dulu habis mati sbb tak terjaga bila i balik kampung on maternity leave (-_-")

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq xeea, ni pon ntah dh berapa kali round menanam pokok, b4 this asik mati je anak pokok... tula memang risau kan kalau balik kampung lama-lama... habis semua pokok-pokok...

      Delete
  2. dating dari segmen yang sama susun atur sioca untuk taman /grill

    ReplyDelete
  3. Rajiiinnnye..serius suka tgk tanaman yg menjadi mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sha. Kalau dah berbuah lagilah suka tau... berbunga2 hati, lepas tu rasa puas sangat dapat makan hasil tanaman sendiri...hehe...

      Delete
  4. klu nampak hasil drp pokok2 tu....mmg puas hati

    ReplyDelete
  5. byknyaaaa tipsss....sy.suka.bangat!!!! byk nk tiru ni...sy pernah beli benih yg dijual kat kedai, tp tak mau hidup pun..blh try tips suri ni...:))

    ReplyDelete
  6. Suka tips tanam serai tu.
    Pada saya pokon wajib ada kt rumah daun limau purut dan serai.
    Sebabnya nak guna sikit tapi nak beli kena banyak. Rugi2..

    Tapi kat rumah say ahampir sume da mati.. nak gigih bercucuk tanam balik lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu haslinda... rugi kan... ni pon ntah dah berapa kali tanam dah ni... before this mati jugak...

      Delete
  7. saya teringin nak buat kebun mini yang mana bendanya kita boleh makan..tapi saya tak minat berkebun..aishh..gimana ni. tq byk tips.. kene berusaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berusaha nurin, memula memang tak minat juga, tapi bila dah dapat hasilnyer, rasa bersemangat sangat...hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...