Pages

Tuesday, September 16, 2014

Pewangi Almari Baju

Assalamualaikum,
Sempena cuti-cuti hari Malaysia semalam, saya terlebih rajin... rajin men'surf' internet, dan dapatlah satu idea daripada kawan-kawan fb. Alhamdulillah... Meh saya kongsikan...idea yang cukup simple... simple bila semua barang-barang yang diperlukan ada. ye dakkk??? Oleh kerana saya ni memang collector so, alhamdulillah, semua barang yang diperlukan ada. 2 barang je pun yang diperlukan... kekeke


Barang-barang yang diperlukan :

1. Sabun mandi jenis buku. 
(Apa-apa jenis sabun pun boleh. Saya guna sabun hotel yang saya kumpul2.)
2. Beg uncang. 
(Tempat letak telur pengantin. Pun saya kumpul jugak...eheh..)

Masuk sabun dalam uncang. 
Sabun tu nak buka kertas pun boleh, tak buka pun boleh.

Saya gantungkan dekat pintu almari. 
Buka-buka pintu almari je, bau wangi semerbak... kekeke...


Sebelum ni, pernah juga guna daun pandan dan juga potpourri. Tapi daun pandan macam biasa akan layu dan perlu di buang dan diganti. Begitu juga dengan potpourri, akan tiba masa wangi dia habis, dan perlu disembur minyak wangi semula atau diganti. So, dengan menggunakan sabun mandi jenis buku ni, sangatlah tahan lama, bertahun jugaklah baru nak habis wangi dia.... baju-baju pun ikut wangi sama... takdelah bau ubat gegat.... hehehe... lipas dan pijat memang takde.

Kalau hendak guna sabun yang baru beli tu pun boleh juga, potong 4, save sikit kan... ;). oh ye, terlupa pula saya, kalau ada sabun mandi lama yang dah tinggal kecik-kecik tu pun boleh guna. Sebab biasanya kita guna sabun buku ni dah tinggal kecik memang susah nak sapu badan kan... sudahnya terbiar macam tu jer kalau tak pun buang. instead of buang boleh juga digunakan sebagai pewangi almari.


p/s : I'm maybe a collector but not a hoarder. ihik ihik..

8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...