Pages

Monday, October 6, 2014

Taman Mini Saya Selepas 9 Bulan

Assalamualaikum,
Hari ini saya nak up kan hasil daripada penanaman rumput karpet bulan january 2014 yang lepas. Untuk step-step by step cara-cara penanaman rumput karpet ni boleh baca di SINI. Seperti yang diberitahu, rumput karpet ambil masa 6 bulan untuk dia betul merebak dan menutupi tanah. Kalau perasan bahagian depan dekat dengan pagar, rumput karpet tak berapa nak tumbuh di situ, bukan tidak tumbuh, tetapi rumput mati disebabkan cuaca panas melampau bulan 1-3 semasa musim panas melampau itu hari. Time tu tiap-tiap pagi memang wajib menyiram rumput-rumput karpet ni. Tapi bahagian depan tu even dah siram setiap hari pun masih tidak mencukupi kerana bahagian depan tu kena matahari pagi hingga ke petang... memang panas sikit area tu... tapi seb baik ada sejemput yang masih hidup...yang sejemput tula saya bela setiap hari. Naik cantik dan level pula area rumput-rumput kat situ berbanding tempat lain...maksudnya tidak ada rumput yang merimbun seperti area lain. Salah satu sebab rumput merimbun atau naik tinggi tetapi tidak menjalar adalah disebabkan en.ed tanam rumput tu besar-besar...sepatutnya sejemput-sejemput jer, tapi sebab takut mati...dia tanam besar-besar jugak. huhu... di tambah pula dengan baja poopoo kucing dekat situ... haihla... memang naik merimbun baik punyer... jenuhla nak men trim...huhu...

Kawasan bertanda merah adalah kawasan di mana rumput naik merimbun, 
Pada bahagian tengah-tengah rumput kekuningan disebabkan rumput mati kena poopoo kucing.

Okay sebenarnyer, poopoo kucing ni ada sesetengahnya mengatakan rumput akan mati... yes... memang awalnya rumput akan mati kerana poopoo yang baru tu sifatnya panas dan rumput tidak dapat bertahan, tetapi setelah beberapa lama, rumput akan jadi subur disebabkan poopoo ni dah melerai jadi baja pula. Satu lagi tips untuk penanaman rumput tidak kira rumput jenis apa, rumput karpet ke...cow grass ke... yang penting jika ada rumput liar lain yang tumbuh disekitarnya, jangan sesekali mesin rumput tersebut, kerana ianya semakin membantu rumput liar tersebut merebak. Kena tarik dan cabut sehingga ke akar umbi satu persatu... supaya ia tak tumbuh semula. Kalau jenis akar berserak senang sikit, jenis akar tunjang yang susah sikit nak tarik cabut. Jangan tunngu sehingga rumput liar ni besar, sebab semakin besar semakin susah hendak dibuang, lebih-lebih yang berakar tunjang... bole basah ketiak.... hehehe

Gambar before and after penanaman rumput karpet.

Bahagian depan pangkin rumah.


Bahagian depan rumah yang menerima matahari paling banyak, rumput merebak dengan kadar yang sangat perlahan.


p/s : Selamat Menyambut Aidiladha. Belum terlambat lagi rasanya sebab semua orang pun masih dalam mood raya kannn hehehe...

6 comments:

  1. gigihnyaa tunggu rumput tu merebak....mesti satu perasaan yg sgt best kan tgk hari-hari...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat tengok je mmg gigih fizah, yang tak gigihnya nak men trim dan cabut rumput liar... huhu...

      Delete
  2. Opah sy dulu ada tanam rumput kapet ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opah awak?? Wahhh rajinnyer opah awak?? Patutla cucu dia pon rajin...hehe..

      Delete
  3. suri, mana beli papan tu. menarik je nengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papan pangkin ke? Yang itu beli dari kedai papan area kampung dekat nilai.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...