Pages

Tuesday, October 28, 2014

Repurposed Old Pillow Using a Laundry Bag

Assalamualaikum,
Dekat rumah saya ni, ada banyak bantal-bantal kusyen yang kecil-kecil. En.ed suka letak kusyen-kusyen kecil ni dekat atas kerusi. Like mother like son. Sebab dekat rumah mak mertua pun banyak kusyen-kusyen kecil. Yang bagusnya ada kusyen ini ialah, bila ada sesiapa nak melepak berbaring depan tv, tak perlulah nak mengangkut bantal-bantal yang besar dari dalam bilik. Kurang sikit masalah di situ. Nak kemas pun senang. Letak je balik atas kerusi. huhu... kan dah kurang masalah di situ... kekeke...

Make over hari ini ada kaitan dengan bantal kusyen yang kecil itu. Oleh kerana jangka hayat dia dah berakhir, kain sarung non-woven yang membaluti kusyen ni dah pun koyak. So saya tukarkan sarung dalam kusyen ini dengan kain non-woven juga, tetapi daripada laundry bag yang saya dapat free jika menginap di bilik hotel. Saya gunakan laundry bag ni sebab pertama, kainnya juga non-woven, kedua kerana ianya berwarna putih, ketiga kerana ianya laundry bag, macam tak sesuai lah pula nak bawak pergi supermarket then, letak barang-barang shopping dalam bag tu. (padahal boleh je... ngengada kan...)huhu... moreover banyak lagi shopping bag eco friendly lain yang boleh digunapakai. Kiranya laundry bag tiada kegunaannya, duk diam dalam stor bersama bag non-woven yang lain.


Bahan-bahan yang diperlukan :
Gunting,
Mesin jahit,
Bantal yang ingin dibaikpulih.
Laundry bag

Rupa bantal yang sudah terkoyak sarung kain non-woven nya.

Laundry bag yang akan digunakan.


Jahitkan laundry bag tadi pada garisan merah. 
Tinggalkan sedikit ruangan untuk memasukkan span bantal.

Kemudian terbalikkan laundry bag supaya bahagian kain yang terlebih terletak di sebelah dalam bantal.
Masukkan span ke dalam bag tadi.

Penuhkan bag tadi dengan span.

Jahitkan ruangan terbuka yang bertujuan untuk memasukkan span bantal tadi.

Cakkk... dah pun siap. heee... 


Pakaikan dia baju pulak... heee... kan dah cantik... hikhihhik..


p/s : Ada juga kegunaan laundry bag ni. Tak sia-sia saya simpan.... ekekeke



3 comments:

  1. alamax sukanya idea niii......gud sharing!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fizah... sebenarnyer dekat rumah ni takde kain nak buat sarung bantal. kekeke

      Delete
  2. cantek bantalnya..

    sis.. header blog saya sama dengan sis..
    kawan saya ada buatkan header tu untuk saya.
    mungkin dia amik template kat google yang sis punya kot

    mintak izin guna header ni boleh?
    boleh reply kat blog saya.. takut pulak rasa pakai yang header orang lain.
    Sorry sis yer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...