Banyak benda dalam kepala ni nak buat, tapiiiiii kemalasan melanda... susah betul nak kikis kemalasan tahap dewa macam ni. fuhhhh...Hajat hati nak buat decoration untuk bilik master bedroom pun asyiklah terbantut. Bertahun tidur dalam bilik itu, tapi seketul gambar pun tak dok dekat dinding. Sangat bare and bored. Hopefully menjadilah letters decoration ni. Walaupun tidak secantik dan sehebat DIY professional yang lain. At least I put some effort on it. And hopefully en.ed menghargainyer... ngeh ngeh... jangan dia sound macam kanak-kanak ribena punyer bilik udah ler...
Bahan-bahan yang diperlukan :
Gunting
Pisau
Pembaris
Kertas pembalut
Hardboard. (Kertas Keras/Kotak)
Gam
Sellotape
Cat spray
1. Lukiskan Huruf pada kertas A4.
2. Dengan menggunakan pembaris dan pisau, potong keratan huruf tadi.
(sila abaikan tangan panglima saya itu..)
3. Huruf yang sudah siap dipotong.
4. Tekapkan kertas A4 yang sudah siap dipotong ke atas kerta hardboard(kertas keras/kotak).
5. Lukiskan huruf tadi.
5. Potong hardboard mengikut bentuk huruf.
6. Ambil pembalut kertas dan balutkan hardboard yang sudah siap diptong tadi.
Huruf-huruf yang sudah siap. Untuk '&' saya just spray menggunakan spray merah.
Sebab terlalu banyak lekuk, sukar untuk membalut huruf tersebut dengan kertas pembalut.
Testing
Decoration atas kepala katil.
Close up
Another letters decoration yang saya sempat siapkan. Yang ini saya tampal dekat playroom depa.
Sambil tampal, sambil suruh panglima besar belajar... heeee
p/s : En.Ed balik je dia kata, "ayang ni takde kerja eh".... muahahahaha....yola, tengok orang lain punye letters decoration cantik-cantik, kita pun nak buat jugakkkk... haissshhhh
Sama la.. Bilik tidur plain je tanpa hiasan.
ReplyDeleteBelum sempat nk buat lagi.
Anyway..kreatif ye buat letter deco tu.
Yang penting effort tu kan.
Effort yang mahal tu cik hani.... ihik ihik...
Deletesalam kenal. saya add gambar letter deco u tu kat my pinterest.. mintak izin ye.
ReplyDeleteAlamak malunyer saya... letters deco saya biasa-biasa jer... anyway thank you so much...
Deleteserius best.. i dh folo ur blog.. jadik inspirasi .. :-)
ReplyDelete---
Fara --> http://amfarra.blogspot.com
Alhamdulillah, tq fara.
Delete