Pages

Monday, March 14, 2016

Reorganized Scarves(tudung) Area

Assalamualaikum
Entah apa ntah yang merasuk, tetiba terasa rajin nak mengemas ruang tudung dalam almari saya. Bak kata orang, perempuan ni kalau pakai baju takde tudung yang matching, still akan kata tak ada tudung, padahal tudung dah berlambak-lambak sampai berlebih-lebihan. adoi, saya ler tu...heeeee...

So hari ni saya nak share kan bahagian dalam almari yang saya khas kan untuk letak tudung sahaja. Berbulu je en.ed tengok. "Abang nampak tudung ayang je". sampai gitu sekali dia cakap.. padahal satu para je pon, bukannya keseluruhan tingkat dalam almari.... cisssss...


Rupa laci tudung yang dah siap kemas. Cara-caranyer ada di bawah yer.


Bahan-bahan: Kotak susu terpakai. Saya guna 5 kotak sahaja.

Bahan2 yang diperlukan.
Kertas A4, pembaris, pensel, pisau, gunting, solatape.

Gunting bahagian belakang kotak susu

Selepas dibuang bahagian belakang. Solatape/gam bahagian kotak yang terkeluar.
Untuk bahagian dalam, saya gunakan kertas A4. 
Sebab ngam-ngam lebar kotak sama dengan lebar kertas. 
Tak perlu gunting-gunting, jimat masa.

Ambil wallpaper dan wrapped kotak

Cak!. Dah siap... hehehe

Cak!. Dah siap 5 kotak.. fuhhh lap peluh kejap...

Bahagian laci untuk tudung. Laci ni ada roller. Boleh pull out. 
Ya ampun, condition dia sangat memalukan..... T_T

Sadis laci tudung saya ni... dah terkopak dah pun. Nampak sangat overload.

Ni pula bahagian tepi laci ada roller. Pun dah terkopak ha... T_T
Saya just skru je balik kat tempat lain yang belom terkopak.

Untuk bahagian belakang, saya guna stapler pengokot. 
Ambik ko, sebanyak-banyak stapler saya staple.
Hopefully bertahan lagi 10 tahun.

Siap. Susun kotak-kotak tadi... nampak kemas jer.. I like.... :)

Cak!... Sedapnyer lahai mata memandang... huhu
Bila dah guna kotak ni... tindih-tindih kotak lain atas dia pon takde masalah. 
Masih lagi nampak kemas.

Brooches yang saya take out dari tudung-tudung yang saya baru je kemas.
Patutlah ada orang kata, orang perempuan ni beli brooch 20 biji pun last-last tinggal seketul. hahahaha adoi..

p/s : Semoga selepas ni lebih-lebih lagi rajin mengemas-ngemas apa-apa yang patut.

3 comments:

  1. hai..yaya singgah sini blogwalking.done follow sini :)

    http://www.yayacendana.com/

    ReplyDelete
  2. asik bgt, tutorial yg oke bgt. bisa dijadiin usaha kecil kecilan loh guys hehe. ini Keuntungan media sosial

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...