Assalamualaikum...
Okay sebelum saya meneruskan penulisan blog ni, actually, saya sudah pun menulis lama dulu dah. Tapi blog perjalanan kehidupan saya itu, saya asingkan dengan blog ni. Sebab purposely blog ni hanyalah untuk kerja-kerja keras tangan saya. ahaks.. kelakar... ni semua gara-gara terpengaruh dengan blog susunatursioca selepas diperkenalkan oleh rakan baik saya iaitu Puan zuhaira.
Sebelum meneruskan, saya nak bagi tahu saya ni adalah pengumpul tegar semua jenis barangan yang boleh dikitar semula. Tapi tidaklah termasuk barangan yang boleh dijual semula tu. Yang itu tidak termasuk (walaupun ada jugakkkk). Tapi yang saya maksudkan di sini adalah barangan yang boleh digunapakai semula oleh saya sendiri satu hari nanti. Ha.... caya tak, sampul hadiah kahwin saya tahun 2009 dulu pun saya buat koleksi tau. Simpan baik punyer. Dah berapa tahun tu?? nak masuk 5 tahun okehhhhh.. Sebab dalam hati, konon-konon satu hari nanti boleh guna nak balut kotak2 untuk projek DIY. Ihik ihik... lama benor mengumpul, tahun 2013 barulah ada kesempatan nak menggunakannya. Nama pun dah jadi housewife kan... so wajiblah recycle semua barangan yang boleh di recycle untuk menjimatkan duit suami jugakkkk... giteewwww...baik kan saya sebagai isteri....(okay masuk bakul angkat sendiri...hehehe)
Nanti saya tangkap gambar satu persatu hasil collectable saya tu. pelikkkk tapi benar....
p/s : blog peribadi saya boleh tengok kat sini.. http://irtsalus.blogdrive.com/
No comments:
Post a Comment