Sebelum saya memulakan projek DIY saya ni, dengan penuh kasih mesra, saya meminta jasa baik en.hubby untuk tolong saya setup workstation aka study space aka SOHO space untuk saya, which is saya decide untuk letak satu bilik dengan bilik permainan anak-anak. Kenapa satu bilik yang sama? sebab anak-anak saya ni, ke mana mummy dia pergi dia orang membontot jer...hahahaa... senang kata ikut je ke mana mak dia pergi, ke toilet pun dia tanya mummy nak pergi mana. Takut benor mak dia ni hilang... ihik-ihik... mummy perasan kannnn.... hahahaha
Okaylah berbalik kepada cerita workstation/study space/SOHO space, saya setup untuk kegunaan saya untuk buat craft bersama-sama anak, menulis blog dan juga untuk business saya. Juga tempat saya membaca, sementara menemani anak-anak bermain. Bila dah dalam satu bilik yang sama, in shaa allah anak-anak tak mengganggu saya masa saya sedang sibuk bekerja. Sebab fokus diorang sudah beralih kepada mainan yang banyak dalam bilik mainan tu. So mummy pun dapatlah membuat kerja-kerja business dengan amannya. Kecuali buat craft memang si abang akan join sama. Dialah tukang pegang solletape, tukang gunting, tukang letak gam semua. heeee... yang penting waktu yang kita spend sama-sama tu yang penting, dan yang penting anak happy, daddy dia balik kerja je mesti dia tunjukkan hasil craft yang dia buat sama-sama dengan kita tadi. Moreover, selesai je kerja-kerja mummy, mummy pun boleh join sama main dengan anak-anak. Alhamdulillah..
Ini juga salah satu cara untuk mengalih fokus anak-anak pada televisyen. 24 jam asyik dok mengadap tv je kan. So bila masing-masing dah masuk bilik mainan, confirm akan spend masa dekat situ, lebih-lebih lagi mummy dia pun ada dalam tu, lagilah lama depa bertapa dalam tu ye dop?? hehehe... So far so good. Alhamdulillah. Dan bilik ni kami setup awal sebelum saya mengenali blog susunatursioca itu iaitu pada hari gambar diambil pada bulan september 2013. huhu dah lama dah... baru nak buat blog dan nakkkkk jugakkkk blogkan kannn... ntah papela.... hehehe....
Sebelah kanan bilik - work/study/SOHO space mummy
Sebelah kiri bilik - tempat mainan anak-anak
Gambar keseluruhan bilik.
Time ni dah bersepah dengan barang business mummy. huhu..
p/s : Gua bertapa tempat mummy dan anak-anak spend masa, sekurang-kurangnya sehingga ke waktu tidur anak-anak iaitu pukul 11 pagi.
gud job dear...! sy pun setup ruang belajar mcm ni...sebelah ruang utk ibu, sebelah ruang utk anak2...:))
ReplyDeleteTq fizah.. hehe senang kan nak buat keje anak depan mata.
Deletecantik! saya pun dlm idea nak mereka begitu..lagi2 untuk ibu yang bekerja, inilah cara untuk create bond antara anak beranak..nantikan saya punye susun atur pulak..tp lama lagi lah..baru nak pindah ,,hehe
ReplyDeleteTq rehana. Nnti dah up story tu tag saya ye, bole kita share2.
DeleteSalam kenal dr tellingstory11.blogspot.com..
ReplyDeleteDone follow awk..
Sng nk monitor anak2 kan wat plyroom dgn workstation kt satu tot mcm ni..
Terima kasih sha nikitasakura. Yup, memang senang pun. Moreover, dorang tak kacau saya berblogging... ahaks...
Delete