Oleh kerana panglima kecil saya sudah pun membesar dengan sihatnya, alhamdulillah, so banyak juga barang baby yang belum berkemas sepenuhnya seperti travel cot, pillow and bolster baby, baby toys, baby's comforter....etc. Rasa-rasa kalau saya jual semua barang baby ni ada tak ye yang berminat??? Huhu... dan oleh kerana dekat rumah ni sangatlah kekurangan ruang storage untuk menyimpan barang baby tersebut, so saya gunakan kotak terpakai untuk menyimpan barang-barang baby yang besar-besar supaya tak sakit mata memandang longgokan barang baby. Before ni main letak je atas almari panglima besar saya.
Saya guna kotak oven untuk menyimpan barang baby yang besar-besar.
Menggunakan 3 wrapping paper untuk kotak dan 2 wrapping paper untuk penutup kotak.
Fuhhhh nasib baiklah saya ni collector yang tegar juga...hehe
Oleh sebab nak menyimpan barang-barang baby so bahagian dalam kotak saya balut dengan kertas kajang warna putih. Nampak suci murni bersih gitu...eheh
Barang-barang baby yang sudah siap sedia untuk disimpan.
Before longgok atas almari panglima besar je.
After longgok jugak but in a nice way.
Baju-baju baby dan baju maternity saya simpan dalam storage box plastic supaya lebih kedap udara dan baju-baju baby tak rosak. For the mean time, masih menghuni dalam bilik kami. Sebab masih lagi dalam proses men sort of baju-baju si panglima kecil tu. Hajat hati nak letak storage box tu dalam stor je tapi macam tak sampai hati, dengan keadaan stor yang menjadi tempat simpanan mesin rumput en.ed, tools dengan tayar motor bagai.. macam tak kena je kalau nak simpan dalam tu. Moreover, stor belum lagi di makeover. After makeover maybe kotak baby ni akan beralih tempat ke dalam stor juga. In shaa allah suatu hati nanti.
Di bahagian dalam penutup kotak saya tampalkan silica gel. Silica gel ini berfungsi untuk menyerap air dan lembapan di sekelilingnyer. Penting untuk memastikan barang yang disimpan tidak berkulat, berkulapuk dan akhirnya rosak. Make sure anak-anak tidak mudah untuk ambil yer. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil macam saya, mau semuanya dia masuk ke dalam mulut. ish..
Okey, biasanya kita jumpa silica gel ni di kotak-kotak kasut dan dusty beg handbag yang kita beli, ataupun dalam botol-botol vitamin. Kalau nak mengetahui lebih lanjut mengenai silica gel ni bolehlah baca dekat wikipedia
Common silica gel that can be found in Malaysia.
Jangan dibuang ye silica gel ni, sebab banyak kegunaan dia. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kegunaan silica gel ni boleh baca di SINI yer.
Tu dia my cheeky panglima besar.... nak buat jugak. Habis dipunggahnyer kotak mainan dia... kepimpinan melalui teladan kekdahnyer.... haishhhh....
p/s : Bercinta juga nak membalut kotak sebesar kotak oven... tak ye-ye tak jadi....
No comments:
Post a Comment