Pages

Wednesday, October 22, 2014

Hari Mengemas Sedunia

Assalamualaikum,

Hari ini barulah ada kesempatan hendak meng update blog. Kesihatan tidak mengizinkan. Anak dan saya keracunan makanan, muntah dan cirit birit. Alhamdulillah sudah sihat walaupun belum sepenuhnya. Hari ini nak update cerita weekend lepas yang mana weekend lepas adalah hari mengemas sedunia bagi kami husband and wife dan juga anak-anak T_T. Sebabnya, hari ahad biasanya en.ed pergi kebun, tapi ahad lepas tak dapat pergi kebun sebab tak ada pekerja. Pekerja terpaksa bekerja di site pada hari ahad. Makanya, seharian kami duduk di rumah, ajak keluar jalan, en.ed kata, hari sabtu dah seharian berjalan, tak puas lagi ker? ekekeke.. bukan tak puas, tapi duduk saja dekat rumah pun tak tahu nak buat apa... heeee.. tapi en.ed kata nak mengemas almari stor dia dekat belakang yard tu. Dasar tak reti dok diam kan... ada je benda dia nak buat.. huhuhu...

Keadaan almari yang dijadikan stor. Gambar selepas di punggah. 
Gambar sebelum punggah saya terlupa nak ambil. Sangat horror...

Selepas di kemas. fuhhh memang penuh dan serabut. Dia kata nak kotak/bakul. Haritu suruh beli taknak... huhu... suit yourself la kan. heee..Stor ni saya tak pernah usik. Sebab stor khas untuk menyimpan especially barang-barang kebun dan pertukangan en.ed. 
Takkan tong racun nak simpan dalam stor bawah tangga kan? 
Bahaya untuk saya yang ada anak kecil. 

Dah siap, tutup dan kuncikan, sebab almari ni siap ada kunci. Safety first.
Almari ni almari besi, tahan lasak, kena hujan pun bertahan lagi dia. Almari ni en.ed bawa balik dari site office yang dah siap projeknya. Biasanya semua barang site office kan dilupuskan. Daripada terbuang macam tu sahaja, ada juga kegunaannya di rumah ni. Siap mak mertua pesan nak satu. Tapiii, tak dapat... hehe sorry mama, terlambat sudah...


Jadinya, tengok dia rajin berkemas, saya pun terikutlah rajin berkemas juga... hehehe. Kami jarang tak pernah menggunakan khidmat cleaning service, sebabnya nanti mesti en.ed akan kata, takpelah biar dia tolong kemaskan...kekeke..tu yang nak dengar tu kan.... kekeke... so kemaslah dia sendiri eh... Tapi hari ahad hari tu, kami kemas sama-sama mana yang mampu di kemas.

Kemas mainan anak. Saya letak rak baru dekat bilik diorang ni. 
Rak RM14.90 dekat tesco. Kebetulan dapat voucher RM13. 
Saya beli dua biji. Jadi satu rak berharga RM8.40 sahaja.

Ni pula rak kedua. Saya letak dekat atas meja workstation saya. Still nampak berserabut. Orang kata, meja serabut lebih kreatif. Saya rasa pula, Makin jem otak tengok meja berserabut adalah. Nak buat macam mana, situlah tempat berblog, berkraf, berbisnes, menjahit pun dekat situ jugak. Tak boleh nak pasang wall shelve sebab akan datang bilik ni akan jadi bilik gugirl pulak, In shaa allah. Sayang kalau dah bertebuk kan. Sure en.ed tak bagi punyer. Kena beli rak banyak-banyaklah gayanya macam ni... hehehe

Kemas laci panglima besar. Saya menggunakan box storage SKUBB daripada ikea. 
RM19.90 for 6 pieces. Gambar ehsan ikea.

Maknya kemas laci atas, dia dok punggah laci bawah... 
Alahai anak-anak... abangnya pulak kekonon nak tolong lipat... haihhhh laaaaa


Yang ini pula laci dekat almari kasut saya. Almari kasut yang di jadikan drop zone area
Memang betul-betul drop zone. Sebab semuanya pun en.ed main drop aje dalam ni. 
Nasiblah almari ni ada laci, kalau idok, erm... boleh bayangkan tak dia drop semua atas almari... huhu..

Partition yang ada di dalam laci, saya make use bahan terbuang. 
Kotak tisu giant yang sudah siap berbalut, Plastik bekas biskut, dan juga bekas take away 
daripada sushi king yang saya potong 2. Dah lama tak makan sushi dekat restoran, kalau tidak, dengar suara saya jela menjerit dekat budak-budak ni.. haihhhh


Petang tu, lepas panglima kedua bangun tidur saya paksa juga en.ed keluar jalan-jalan, tak jauh pun, berjalan ke rumah kakak ipar belakang rumah. Itupun sebab dah lama benor tak bertandang. Lebih-lebih lagi, mak pak mertua pun ada sekali, so singgahlah kejap... hehehe.. jalan kaki ambil angin petang. Anak-anak naik basikal....


p/s : What a beautiful evening I had that sunday... Alhamdulillah...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...