Pages

Monday, June 23, 2014

DIY Birthday Card

Assalamualaikum,
Oleh kerana esok adalah birthday en.ed, so hari ini saya diy birthday kad untuk en.ed. Lepas breakfast je, terus kerah panglima-panglima saya kaler birthday kad untuk daddy diorang. Oleh sebab si kecil pon sebok juga, so saya sediakan juga untuk dia kertas bertulis happy birthday daddy supaya dia dapat conteng atas paper tu.

Saya gunakan peralatan seperti gam, gunting, pisau, gam tembak, stapler,kad kahwin, art anak-anak,doily paper, sedikit kotak dan kertas. Untuk kad pula, saya gunakan kad kahwin kami yang lama, gunting dan buang bahagian dalam kad. Tampal art anak-anak sebelah kiri dan magician word saya dekat belah kanan :). Saya just guna reben dan bunga kecil sebagai hiasan. Simple. Kertas pula bakar atas dapur gas jer. Nak buat gempak-gempak dengan adanya dua orang panglima tu memang takla, semua kena buat dengan express. So ini sahajalah yang dapat disiapkan dalam masa sejam bersama-sama panglima saya.

Bahagian depan kad pula saya gunakan doily paper untuk menutup bentuk love pada kad kemudian potong sedikit kotak dan koyakkan bahagian dalam kotak untuk mendapatkan garisan-garisan yang cantik pada bahagian dalam kotak. Kemudian dengan menggunakan tulisan yang tak berapa cantik, tuliskan birthday wishes, gunting dan tampal di atas kotak kecil tadi menggunakan stappler. Sila lihat gambar untuk lebih pemahaman.


Antara peralatan yang saya gunakan. 

Potong bahagian kad yang tidak diperlukan.

Potong dan koyakkan sedikit kotak.

Bahagian dalam kad. Sebelah kiri adalah art anak-anak. 
Tampal art dan reben menggunakan stapler.
Sebelah kanan, gunting sedikit kertas dan bakar atas dapur gas sahaja. 
Tampal kertas beserta reben dan juga bunga.
Berhati-hati semasa membakar kertas. So simple.

Wallah dah siap....
Bahagian depan kad. Tampal doily paper atas kad.
Tulis birthday wishes atas kertas, then stapler kertas atas kotak dan tampal atas doily paper
Letakkan bunga sebagai hiasan. Tulisan memang tak cantik. Abaikan.

p/s : Kos penghasilan = RM0. Alhamdulillah... dapat juga hasilkan kad tak seberapa untuk husband.

Wednesday, June 18, 2014

Book or Magazine Divider

Assalamualaikum,
Hari ini saya nak share satu diy yang super simple. Tak perlu balut atau gam. Hanya perlu potong kotak je.

Kotak ni sebenarnyer kotak bekas isi dulang, present masa kawen dulu. Dulang dah pakai, tapi kotaknyer dok dalam stor selama 4 tahun :p . Nak buang sayang, sebab kotak dia cantik. Dah tak perlu balut apa-apa lagi dah.  Hanya perlu pensel dan pisau.


Ambil divider buku sedia ada dan lukis garisan pada kotak ikut divider tu supaya sama bentuk, then ambil pisau dan potong. If dekat rumah tak ada divider, boleh ambil kertas A4 untuk buat contoh. Lebihkan 2 cm bila potong pada bahagian atas kotak(supaya kertas A4 tidak terkeluar dari kotak) dan bahagian bawah pula agak-agak dalam 15cm pun boleh.

Dah siap.... sangat simple... Abaikan perkataan rose tu. Salah potong side sebenarnyer... haihhhh..... 
Tapi boleh tutup dengan label. But kemalasan melanda... so bior gitu jeler...


p/s : Kalau ada kotak-kotak hadiah panggan mangkuk pon boleh jadi... cuma perlu potong, balut dan gam... hehe... till then....

Monday, June 9, 2014

Organizing My Big Boy Dresser

Assalamualaikum.....

Cerita jumaat lepas... tetiba je terlebih rajin mengemas dresser anak. Hari jumaat ni, pahala berganda-ganda... in shaa allah. Semua baju pun saya punggah semula supaya boleh susun dengan lebih kemas... bukan senang nak amik feel nak mengemas... tak ye-ye, tak jalan operasi itu... projek mengemas dresser panglima besar...


Cara melipat baju lengan pendek.

Cara melipat baju lengan panjang.

Cara melipat stokin.

Cara melipat spandex anak. 
I use the same way to fold mine also.

Drawer baju siang. 

Drawer baju tido.

Oleh sebab baju malam tak banyak, so ada lebihan ruang di situ, saya letakkan spandex dan stokin anak. Actually cara menyusun baju cara ini, dapat jimat banyak ruang seperti dalam gambar dresser baju tido, gambar before hanya ada ruang kecil untuk letak stokin anak, bila dah susun menegak, banyak ruang untuk meletak stokin dan boleh letak spandex anak sekali. Next projek saya buat storage compartment untuk susun stokin dan spandex panglima besar saya seperti yang saya buat sebelum ini untuk panglima kecil saya. Boleh baca di SINI ye.

p/s : Thanks a lot to the fb group kamisukasusunatur dan juga susunatursioca yang banyak memberi ilham, dorongan dan sokongan....hehehe... 

Wednesday, May 21, 2014

Sudut Istimewa Rumah Saya ~ Dressing Area

Assalamualaikum,
Jarang-jarang saya kongsikan area yang ada dalam rumah saya ni. Almaklumlah, deco rumah biasa-biasa sahaja. Tapi hari ini sebab nak join giveaway anjuran susunatursioca punya pasal, saya kongsikan sudut istimewa dalam rumah saya. . Sedikit cerita mengenai sudut istimewa ni... sila jangan jemu membaca yer... thank you... hehe...

Tak adalah istimewa mana, cuma ia adalah satu-satunya tempat yang saya rasa privately own by me. Meaning, kebanyakan barang, adalah barang peribadi saya dan tempat di mana saya boleh habiskan masa sesuka hati berlengah-lengah men touch up sana sini...dan tempat itu adalah dressing area saya. Kat sinilah tempat untuk kami laki bini habiskan masa bersiap. Biasanya, kalau nak keluar, dulu-dulu masa berdua, siapkan diri sendiri jer, bila dah ada anak seorang, siapkan anak dulu, lepas tu sementara en.ed jaga anak, saya pula bersiap.... sekarang dengan dua anak... dua-dua pun en.ed siapkan... muahahahaaa... bajet nak masa lebih sikit untuk ber make up bagai kannn... yang peliknyer, masa bekerja dulu takdelah pulak nak bermake-up. Pakai lotion dengan bedak je. Bedak pon bedak baby, bukan bedak compact tu... huh... Lipstick pun tak pakai, pakai gloss jer.. tapi bila dah jadi housewife ni, berkobar-kobar pulak nak make up... gamaknya takde masa nak make up time bekerja dulu. Mana taknya, sambil siap-siap, sambil dalam otak fikir kenapa function semalam tak jalan-jalan, dekat mana silapnya? Berlegar-legar dalam kepala ni fikir logik programming semua... haishhh.. tapi senang.. bila masuk kerja je dah tahu apa nak dibuat, code apa nak guna, logik apa, interface segala bagai semua tula.... biasanya dapat ilham dalam bilik air... muahahaha... okay bukan saya je tau... member-member semua gitu... kalau dah stuck buat programming tak jalan-jalan... biasanya diorang akan refreshing diri diorang dekat toilet... lepas tu masuk office je lajulah jejari tu menaip coding.... kihkihkih.... nampak macam menggelikan... tapi itulah hakikatnya kitorang programmer ni... hehehe... moreover, bila pindah office baru ada tingkap besar dekat toilet dia, boleh termenung tengok pemandangan jem dekat luar tingkap.... yang penting senyap sunyi untuk dapatkan ilham... hehehe... ehhh.... okay kelaut sudah cerita saya.... haihhhh.....

Okay berbalik pada cerita dressing area tadi. Sudut istimewa ni terletak dekat salah satu sudut dalam master bedroom saya. Buka-buka pintu bilik je terus nampak dressing area ni sebab kedudukannya yang berhadapan dengan pintu masuk bilik. Actually kawasan tu cuma laluan masuk ke dalam bilik air. Tapi oleh kerana keluar-keluar bilik air je, belah kanan tepi dinding terus nampak tingkap, tu yang en.ed letak wardrobe kami melintang berhadapan dengan pintu bilik air mewujudkan satu kawasan untuk dressing area dan untuk menghalang pandangan daripada luar tingkap. Al-maklumlah masa awal-awal masuk rumah, langsir pun tak ada, main gantung kain dekat tingkap gitu jer hehehe....Lagi satu,  feeling-feeling walk-in closets lah kannn..... heeee... Tapi memang dari awal masuk rumah sampailah sekarang memang cenggitulah kedudukan wardrobe saya tak pernah berubah. So, keluar bilik air je terus nampak wardrobe instead of tingkap.

Pandangan dari pintu masuk bilik. 
Wardrobe yang dijadikan penghadang antara tingkap dan pintu masuk bilik air. 
Abaikan bilik yang bersepah yer...

Dressing area. My make-up table. Bakul pink tempat letak baju-baju kotor. 
Beg plastik hitam untuk baju-baju yang hendak di charity kan.

Pintu masuk ke bilik air. 
Saya guna penyangkut baju belakang pintu untuk sangkut baju-baju yang dikategorikan sebagai boleh diguna semula. Tudung pula guna penyepit baju, juga kategori tudung yang boleh recycle. Untuk baju-baju yang sudah tidak boleh diguna tetapi perlu di airy kan terlebih dahulu sebelum masuk bakul, saya guna penyangkut baju belakang pintu juga tapi saya gantung side sebelah dalam bilik air.


Pandangan dari arah pintu bilik air. Terus nampak wardrobe.

Link penaja untuk giveaway ini adalah http://mylifeconcerto.blogspot.com/


p/s : Nak buat walk in closets memang tak la kan... sebab tak ada space. Feeling-feeling walk in closets pun jadilah...

Thursday, May 8, 2014

DIY Lampu Tidur

Assalamualaikum,
Oleh kerana kesihatan tidak berapa mengizinkan, dengan sore throat, cough and fever semua complete, saya tak dapat nak ber diy sangat minggu ni. Tapi saya cuba juga untuk berkongsi satu DIY projek yang en.ed saya buat time belajar di UTM dulu iaitu lampu tidur. Ntah dari mana datangnya idea tu, tetiba je satu hari dia hadiahkan saya lampu tidur ni. Idea yang sangat simple.


Bahan-bahan yang diperlukan :
Mentol
Jaring (en.ed kutip tepi jalan UTM. Jaring ape ntah. )
Pemegang mentol
Plug
Wayar
Placemat (alas pinggan atas meja makan)
Chopstick
Pengikat dawai (dawai yang selalu digunakan untuk ikat telur orang kawen)

1. Potong jaring dan ikatkan jaring berbentuk bulatan.
2. Potong jaring yang lain untuk dijadikan tapak lampu bahagian atas dan ikatkan pada jaring yang berbentuk bulat tadi menggunakan pengikat dawai.
3. Masukkan chopstick di bawah bahagian jaring untuk menstabilkan lampu
4. Potong sedikit bahagian atas jaring, agak-agak untuk memegang pemegang lampu dan ikat dengan benang kain.
(sila abaikan tangan comel itewww)


5. Dengan menggunakan stapler, staple kan kertas A4 pada bahagian dalam placemat untuk soft kan cahaya lampu.
6. Kemudian lipat placemat berbentuk bulat dengan menggunakan stapler juga
7. Ikatkan reben untuk effect.
8. Masukkan lampu ke dalam placemat tadi.

Pandangan bahagian dalam placemat.

Pandangan bahagian luar lampu tidur yang sudah siap.... sweet jugak kan...

Placemat tu en.ed tak permanently lekat dekat jaring sebab kalau nak lampu terang saya buka placemat dia, kalau nak lampu romantik-romantik, saya pasang semula placemat tadi...


p/s : Projek diy en.ed tahun 2002/2003 kot... sudah hampir 12 tahun lampu ni en.ed buat. Tapi alhamdulillah masih lagi teguh berkhidmat.



Tuesday, April 22, 2014

Susunatur Peralatan Membersih dengan Penyangkut Baju Belakang Pintu

Assalamualaikum,

Setiap rumah mesti ada banyak peralatan membersih kan, saya punyer sikit punya banyak. Yang dah lama pon saya masih simpan lagi. Lagi-lagi kayu dia tu, biasanya en.ed memang minta saya simpan kayu penyapu yang dah rosak, mana tahu nanti boleh guna katanya....

Before this saya gantungkan semua peralatan tu dekat satu hook sahaja. Hook yang en.ed pasang untuk sangkut kain canvas suatu masa dahulu sebelum bumbung yard di bina. Bila bumbung yard dah siap, hook tu en.ed biar je kat situ kekonon manalah tahu boleh guna lagi kan.... kan... so saya dengan selambanya menggantung semua peralatan membersih dekat hook yang sedia ada tu. Memang kemas tapi tidak berapa praktikal sebab setiap kali saya hendak guna peralatan yang diletakkan paling dalam sekali, saya terpaksa bawa turun semua peralatan yang lain terlebih dahulu, pastu sangkut semula. Dua tiga kali kerja.

Hook yang saya gunakan untuk menggantung perlatan membersih.

So solution nya, saya gunakan sahaja penyangkut baju belakang pintu then sangkut belakang pintu yard/dapur. Panyangkut baju ni saya beli dengan harga RM5/3 pcs dekat pasar malam bukit mahkota atau bandar sri putra bangi. Murahhhh sangat sangat. Kira jatuh harga RM1 lebih per pieces.

Before gantung pada satu hook sahaja.

Peralatan membersih yang disangkut pada penyangkut baju belakang pintu.

Bagi peralatan yang tiada lubang pada bahagian pemegang, saya guna tali rafia(betul ke ejaannya tu) yang saya kumpul everytime tapau teh tarik. Ikatkan dekat batang penyapu macam ikat dekat air bungkusan macam biasa, tapi buat 2 kali simpulan supaya tidak mudah terbuka.

Contoh ikatan pada batang penyapu.


Semua peralatan yang saya sangkut dekat pintu yard hanya untuk kegunaan luar rumah, untuk kegunaan dalam rumah saya guna penyangkut yang sama, tetapi saya sangkut dekat bahagian belakang pintu stor bawah tangga.

p/s : Pemandangan yang sangat tidak comel dari side rumah jiran.... sorry ye jiran.

Tuesday, April 15, 2014

Kebun mini belakang umah

Assalamualaikum,

Terasa macam lama betul tak bersiaran. Padahal baru je seminggu.. heheh... Okaylah, oleh kerana musim kemarau baru je berlalu, kali ni saya nak kongsikan pula kebun mini saya yang tak seberapa ni. Oleh kerana rumah saya ni tak bertanah sangat, saya just buat yang termampu sahaja. Semua tanaman pon saya tanam dalam pasu je untuk memberi laluan pada tanaman landskap.

Antara tanaman yang saya tanam adalah pokok limau, cili, serai, kencur, bendi dan juga daun kuchai. Kebanyakkan pokok saya semai menggunakan biji benih yang saya keringkan sendiri ataupun yang saya dapat daripada jiran dan juga mak saya. Setakat ni memang belum pernah lagi membeli biji benih untuk menyemai tanaman-tanaman ni. Di bawah ni adalah antara tanaman-tanaman yang saya sudah semai.


Pokok serai

Tips untuk menyemai serai. Serai ni saya semai sendiri, sebab biasanya beli serai dekat giant, tesco or pasar malam, mesti diorang jual dalam kuantiti yang banyak, sedangkan yang nak digunakan cuma sebatang dua je kan, instead of biarkan je serai tu kering dalam peti, saya rendam dalam air sehingga keluar akar2 kecil, dah keluar akar2 tu, buatkan lubang dalam tanah  lepas tu masukkan je dalam lubang tanah yang dibuat tadi. Make sure guna pasu besar gabak ye..

Anak pokok cili dan anak daun kuchai


Tips untuk semai cili pula, sama juga dengan serai, kalau beli cili tu kekadang sampai cili tu busuk2 tak digunakan juga, kecuali kalau buat sambal barulah habis, otherwise memang sampai busuklah simpan dalam peti. So cili-cili yang busuk tu jangan dibuang, tapi letak jelah dekat tepi tingkap dapur bagi kering betul2. Dah kering bukak cili dan keluarkan biji-biji cili kemudian tabur jela dekat dalam pasu yang tanahnya sudah digembur.... confirm akan naik anak2 pokok cili nanti. Jangan lupa siram air lepas tabur ye... Nak tabur cili tanpa keluarkan biji cili pun boleh. Lagi senang...

Ok, untuk daun kuchai pulak, yang ini saya minta mak saya. Daun kuchai yang dah cukup matang akan mengeluarkan bunga yang ada buah, saya biarkan sahaja bunga tersebut dalam pasu sampai kering, then saya ambil buah yang dah kering tadi dan semai dalam pasu yang lain. Macam biasa saya tabur je dalam pasu yang tanahnya dah siap gembur. Dah tabur, siram air secukup rasa...

Daun kenchur dan pokok bendi

Untuk gambar atas, iaitu gambar buah kencur, yang ni saya ambil je dari rumah mak, ambil satu pasu, bila dah besar x cukup pasu tu saya buat dua pasu. Dapatlah dua pasu kencur. Alhamdulillah...
Gambar dibawahnya pula gambar anak pokok bendi. Biasa dekat giant atau tesco, kalau kita terbeli bendi tua, keringkan dan boleh guna biji bendi tu. Same goes to bendi. Semai macam yang lain2 jugak. Gembur tanah, tabur, siram.



Ok yang ni bukan tanaman untuk dimakan ye. Yang ini pokok keladi hiasan. Sajer je saya beli dekat giant untuk letak dalam rumah. Yang ini saya letak dekat tingkap dapur atas sinki, tujuannya senang nak siram. Seronok tengok ada tumbuhan semulajadi dalam rumah. 

Tips nak tanam tumbuhan dalam rumah, make sure pasu tidak menakung air. Supaya tiada pembiakan nyamuk aedes. Tanaman ni memang dapat pujian dari mak mertua, sebab dia kata tumbuhan ni memberi oksigen dalam rumah. Yesssss.... hehehe...


Pokok limau

Pokok limau ni tak tanam sendiri. Yang ni memang fully import dari rumah mak. Dengan pasu-pasu sekali cheq hangkut... hahaha... tq mak...


Contoh cili yang dah kering dan biji benih bunga rozelle. Biji benih dapat dari jiran sebelah rumah. 
Lepas ni nak tanam pokok rozelle pula.

Pokok pisang ada jugakkkk, tapi mati rentung dek kerana cuaca musim kemarau yang kering. Dah siram air pun masih tidak mencukupi. Takpe, takde rezeki nak makan pisang dalam masa terdekat. Kalau tidak berjemaahlah makan pisang dengan jiran-jiran....huhuhu..

Untuk baja pula, saya guna baja semulajadi, kalau dulu saya guna taik arnab, tapi since ciku si arnab saya sudah mati, saya guna taik kucing sahaja. Mentang-mentang rumah saya baru tanam rumput karpet baru, so kucing-kucing dekat taman saya ni berjemaah membuang atas pasir yang belum dilitupi rumput... cesss... tapi memang terbaiklah.. naik suburrrrr.... kuikuikui...

Satu lagi tips untuk tanah yang subur, of course guna tanah bakar. Kalau nak lagi senang beli je tanah yang dah siap dari nursery. Sebab tanah dari nursery biasanya dah tak perlukan baja sangat. Kami pula guna tanah yang en.ed bawak balik dari kebun kelapa sawit, iaitu tanah sawit. Pun subur jugak. Dan tips untuk menyiram, saya guna air lebihan basuhan beras. Semasa membasuh beras biasanya saya amalkan pembacaan Al-fatihah dan doa tertentu, air basuhan tu saya simpan dalam baldi untuk siram pokok <- tips dapat dari makcik saya. hehehe...

Tips untuk menggembur tanah pula, siram air terlebih dahulu atas tanah yang kering yang hendak digembur, then barulah mula menggembur. Penting supaya tanah jadi lembut untuk memudahkan kerja-kerja menggembur. Kalau tidak, boleh berpeluh ketiak menggembur tanah kering... ye dakkk??? hehehe...

p/s : Antara entry yang paling banyak tips yang saya kongsikan. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca. In shaa allah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...