Malam tadi sambil-sambil tengok tv, sambil mata jeling-jeling ke arah sangkar sebelah tv, sambil tengok panglima kecil tengah punggah bunga-bunga saya, tetiba je dapat idea. Oleh kerana dah bosan tengok gubahan bunga yang sama je kan tiap-tiap hari. So, hari ini nak buat make over sikit pada bunga yang sedia ada.
Rupa bentuk gubahan bunga sebelum make over.
Sangkar yang dok di jeling-jeling.
Sangkar ni digunakan dalam hiasan hantaran kahwin 5 tahun lepas. 5 tahun terbiar atas almari. Last-last saya turunkan dan saja-saja letak sebelah tv sebagai deco la kononnya, tapi tak sangka jadi mainan panglima besar. Ke hulu ke hilir dia angkut sangkar ni. haihlah anak-anak...
Selepas make over.
Masukkan je bunga dengan pasu-pasu dia dalam sangkar tu.
Pandangan dari side atas
Balik-balik rumah je en.ed tanya, mana pasu bunga saya yang segi 4 tu? Dah pecah ke? huhu... bila saya tunjuk, terus dia cakap, nape tak letak je adik(panggilan untuk panglima kecil) dalam sangkar tu? Ha kan saya dah cakap panglima kecil ni memang pantang nampak bunga ni. Sampai en.ed pun suruh kurung je dia dalam sangkar tu eheh..<-gurau je tu, bukan betul-betul eh... Kami ibu bapa yang penyanyang muahahaha (ok masuk bakul angkat sendiri lagi..) muat pun idok nak masuk dalam tu.
Terima kasihlah kepada panglima-panglima dekat rumah ini. Sebab depa lah mummy boleh terfikir deco bunga cara ini. Sebab yang panglima cilik suka dok tarik-tarik bunga mummy sampai togel-togel daun dia, yang panglima besar pulak, suka bawak cage tu ke hulu ke hilir. So, solusinya, mummy gabungkan kedua-duanya sekali. Akhirnya panglima cilik tak dapat dah cabut-cabut bunga mummy. Tapi panglima besar masih lagi suka angkut ke hulu ke hilir. Takpelah asal pandai letak balik sudahhhh ye abang firas..
p/s : Simple yet refreshing.
No comments:
Post a Comment