Pages

Tuesday, January 21, 2014

Twinkle twinkle little star

Assalamualaikum,

Entry hari ini, nak cerita pasal decoration board untuk bilik firas. Decoration board ini sebenarnya hanyalah untuk tampal star glow in the dark. Dah lama saya beli, dekat setahun kot, tapi tak tertampal-tampal, sebab daddy tak bagi mummy tampal directly atas dinding. The reason, tak mahu dinding bilik kotor dengan kertas tampalan. Sebabnya bila dinding dah ada kesan tampalan, cat macam mana pun takkan hilang kesan tampalan itu. Gitewwwlahhh...kisahnya. So, kesimpulannya, terpaksalah saya diy board untuk tampal glow in the dark ini.

So, apa yang saya buat adalah, dengan menggunakan kotak yang digunakan untuk simpan safety gate anak saya, saya buat decoration board. Kenapa saya guna kotak safety gate adalah kerana, kotak safety gate mempunyai saiz yang besar yang mana saya potong kotak tu mengikut saiz yang saya kehendaki, kemudian balut cantik-cantik dengan kertas sampul. Kertas sampul pula, adalah hasil collection daripada kertas sampul hadiah kahwin saya dulu(recycling). Oleh kerana, projek diy kali ini adalah untuk bilik firas, so saya purposely suruh firas pilih sendiri kertas sampul mana yang dia berkenan dan hasilnya kertas sampul yang ada star juga. Dan macam biasa, firas akan tolong saya pegang sellotape, gunting dan menampal star-star dia tu. Bonding time orang tua-tua cakap. Sementelah lagi projek ini memang untuk dia, makin sukalah dia menolong mummy dia ni.... hehehe.

Untuk menampal board ni atas dinding tanpa meninggalkan kesan pula, saya hanyalah menggunakan sellotape biasa yang warna lutsinar tu. Buatkan sellotape tu dua lapisan macam double sided tape, kemudian tampal dekat setiap penjuru. Dan saya tampal dengan tampalan yang besar supaya tak mudah tertanggal daripada dinding. Sampai gitu sekali sebab sayang dinding punya pasal kan....haihhhh


Inilah hasilnya selepas di tampal di dinding bilik tidur firas. 

Tips : Ini juga adalah salah satu cara nak bagi anak cepat masuk tidur dalam bilik. Sebab excited nak tengok twinkle-twinkle little star. Dan wajiblah nyanyi twinkle-twinkle little star ni sebelum tidur. Aiyoooo...

p/s : star tu saya tampal di tepi-tepi board sahaja, sebab lepas ni nak tampal nama anak pula dekat tengah-tengah board tu. Tunggu dapat huruf yang cantik/printer dah sehat baru kita buat projek ni. In shaa allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...