Pages

Monday, July 21, 2014

My Living Room Area ~ Ruang Tamu Raya 2014

Assalamualaikum,

Deko ruang tamu pulak. Raya nak dekat yea...yeayyy.... hehe...Okaylah, untuk tingkat bawah ni, sebenarnya ada 2 ruang tamu. 1 ruang tamu untuk family dan satu lagi lebih kepada ruang tamu formal. Tapi tidaklah formal mana, sebab panglima-panglima saya masih lagi suka memunggah kusyen-kusyen yang ada di situ, menyusunatur meja-meja lepas tu main lompat dari meja ke kerusi... hah... boleh bayangkan tak tahap kesepahan dia... lotihh maknyer nak ngemas.... terasa macam nak pasang pintu sliding, bagi tutup terus bahagian ni, tapi tak praktikal sebab ruang rumah nampak lebih sempit dan anak-anak tak bebas bermain.

Okay, untuk ruang tamu family, boleh baca selanjutnya dekat SINI ye, sebab saya dah pernah share sebelum ini. Bagi ruang tamu formal pula, saya menggunakan perabot kayu jati, kekonon nak deco ala-ala France. So, furniture yang kami pilih pun ala-ala France. Tapi oleh sebab laki bini tak pandai men deco, ala France semuanya ke laut... haishhhh...

Perabot jati saya ni bukan gred A, gred biasa-biasa je. Gred A cheq x mampu, jati ni tak tahu gred apa, tapi yang pasti, ni kayu jati muda, that why kalau angkat tak berat sangat dan warna kayu dia light brown tak berapa hitam. Kalau kayu jati gred A which is kayu tua, yang itu memang berat, kayu pun kehitaman sedikit warnanya dan harganya of course lagi mahal. nasib baiklah perabot jati yang berwarna kehitaman saya tak berapa minat, kalau tidak kopaklah duit tabung.

Set perabot jati ni saya beli di puchong. Tak ingat nama kedai dia, tapi kedai dia betul-betul dekat tepi highway dan sebelah dengan flyover selepas tol RM1.60. Actually, kedai dia juga buat custom made furniture dan juga upholstery perabot lama. Kalau ada perabot lama yang nak tukar baju tu boleh hantar ke kedai dia. Saya beli perabot ni pada awal tahun 2010. Alhamdulillah sekarang dah 4 tahun guna, masih kukuh, kain pun masih cantik, sebab jarang guna ruang ni.

Macam yang saya bagi tahu dekat entry saya yang lepas, en.ed memang suka menyusunatur perabot dia. So, meh kita tengok berapa kali dah susunatur ruang ni berubah. Tapi ni sebahagian sahaja, sebab gambar lama semua dalam external hardisk.

1. Living room area for the year 2013. 
Perasan tak frame tu, dah berubah kedudukannya ke dining hall saya.


Ruang tamu akhir tahun 2013. Kekonon nak mewujudkan reading corner di situ. 
Tak berapa praktikal sebab susah cheq nak membersihkan kabinet kat ceruk tu.


Ruang tamu awal tahun 2014. 
Frame atas kerusi sudah bertukar..


Ruang tamu raya 2014. 
In shaa allah deco belum muktamad. Selagi belum raya, selagi tu la akan ada perubahan.... hehe


p/s : If kawan-kawan tak keberatan, cer vote susunatur ruang tamu mana yang kawan-kawan suka. Mana tahu cheq tukar semula sebelum raya.... kekekeke...

12 comments:

  1. wah cantek..ala2 datin gitew..suri kalau depan set kusi panjang (2set tu) tambah letak stool panjang pon chantek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak irma, ha ah kan... cantik gak... berkenan ikea punye stool storage tu, tapi ongkosnya ora eneng... huhu..

      Delete
  2. suka yang last tu sebab lighting gambar tu nampak cosy..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much ogosh... tula bila ambil gambar tak buka lampu nampak dull je ruang ni.... erm...

      Delete
  3. sy rasa yg last tu dah ok...cuma kalau tambah feature wall makin naik seri...coz sofa & cat warna lebih kurang. apa pun kemas yg penting. cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fazianbatrisyia. Planning dinding tu nak letak wall frame, tapi sampai sekarang tak jumpa wall frame jenis kayu. Ntah sampai bila ntah nak buat...hehehe

      Delete
  4. pandai pilih perabot...cantik!

    and sy pun setuju dgn ogosh..suka yg last sekali..<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fizah.... huhu... memang tula susunan ruang tamu raya tahun neh... hehehe

      Delete
  5. Assalam...tahniah dear, menang cabaran bulanan by susunatursioca.

    http://susunatursioca.blogspot.com/2014/09/pengumuman-pemenang-cabaran-bulan-jul.html

    nti emel details ke yuzai_angah@yahoo.com ya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam fizah... ok noted... thanks again...

      Delete
  6. Tahniah dear!
    Rezeki di bulan september...
    Sofa tu menarik..buat sy tertarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih sha... memang rezeki bulan september...sofa tu husband yang pilih, kalau saya yg pilih, memang caca marba lah ruang tamu saya....ekekeke...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...