Pages

Wednesday, October 1, 2014

Penyangkut Kain Telekung dan Sejadah

Assalamualaikum,
Hari ini saya nak sharekan diy yang simple juga... hahaha semua pun simple kan... kekeke...(malas dan takde masa benornyer)

Seperti biasa dengan menggunakan semua material yang sudah sedia ada di rumah ini. hehehe... Daripada duduk dalam stor, baik kita make over sikit, ada juga gunanya.


Bahan-bahan yang di perlukan :

1. Batang paip 
(saya guna batang paip daripada banner kawen dolu-dolu)
2. Penyangkut dinding.
3. 2 helai reben yang panjang.

1. Ikatkan pemberat pada reben supaya senang nak masukkan ke dalam batang paip.
2. Masukkan ke dalam kedua-dua batang paip
3. Ikatkan hujung kedua-dua reben tersebut.
4. Masukkan ikatan ke dalam batang paip. Supaya tak nampak serabut hasil ikatan itu.
5. Masukkan reben kedua ke dalam salah satu batang paip. Untuk dijadikan tali penyangkut.

6. Tampalkan penyangkut dekat dinding.

7. Cakkkk dah siap... hehe

8. In this case, saya buat sangkut telekung, sejadah, kain pelekat.

Selain itu, boleh juga digunapakai untuk sangkut shawls, towels. Bila dah ada stand untuk sangkut telekung ni semua maybe benda ini akan digunakapakai untuk sangkut shawl saya pula... who knows.. For the mean time, shawl saya lipat je dalam almari.

p/s : Sedap sikit mata melihatnya, kalau tidak anak-anak dok main sejadah dengan telekung maknyer neh.... kain pelekat bapaknyer memang selamatlah tiap-tiap hari kena amik dari bilik mainan diorang.... huhu...


Tuesday, September 16, 2014

Pewangi Almari Baju

Assalamualaikum,
Sempena cuti-cuti hari Malaysia semalam, saya terlebih rajin... rajin men'surf' internet, dan dapatlah satu idea daripada kawan-kawan fb. Alhamdulillah... Meh saya kongsikan...idea yang cukup simple... simple bila semua barang-barang yang diperlukan ada. ye dakkk??? Oleh kerana saya ni memang collector so, alhamdulillah, semua barang yang diperlukan ada. 2 barang je pun yang diperlukan... kekeke


Barang-barang yang diperlukan :

1. Sabun mandi jenis buku. 
(Apa-apa jenis sabun pun boleh. Saya guna sabun hotel yang saya kumpul2.)
2. Beg uncang. 
(Tempat letak telur pengantin. Pun saya kumpul jugak...eheh..)

Masuk sabun dalam uncang. 
Sabun tu nak buka kertas pun boleh, tak buka pun boleh.

Saya gantungkan dekat pintu almari. 
Buka-buka pintu almari je, bau wangi semerbak... kekeke...


Sebelum ni, pernah juga guna daun pandan dan juga potpourri. Tapi daun pandan macam biasa akan layu dan perlu di buang dan diganti. Begitu juga dengan potpourri, akan tiba masa wangi dia habis, dan perlu disembur minyak wangi semula atau diganti. So, dengan menggunakan sabun mandi jenis buku ni, sangatlah tahan lama, bertahun jugaklah baru nak habis wangi dia.... baju-baju pun ikut wangi sama... takdelah bau ubat gegat.... hehehe... lipas dan pijat memang takde.

Kalau hendak guna sabun yang baru beli tu pun boleh juga, potong 4, save sikit kan... ;). oh ye, terlupa pula saya, kalau ada sabun mandi lama yang dah tinggal kecik-kecik tu pun boleh guna. Sebab biasanya kita guna sabun buku ni dah tinggal kecik memang susah nak sapu badan kan... sudahnya terbiar macam tu jer kalau tak pun buang. instead of buang boleh juga digunakan sebagai pewangi almari.


p/s : I'm maybe a collector but not a hoarder. ihik ihik..

Sunday, September 7, 2014

Bekas Candy

Assalamualaikum...
Sambungan daripada teaser minggu lepas kan... so inilah hasilnya.... ta daaaaa.. dah siap...



Bekas-bekas candy tu saya cabut tangkai dan buang kertas yang ada dekat dalam tu, lepas tu jenuhlah fikir nak isi apa... hehehe

Simpan dalam kotak kasut letak tinggi-tinggi supaya anak tak dapat capai.

Simple sangat kannn... tak perlu make over apa-apa.


p/s : Simple make over. Cheapest and affordable.

Wednesday, September 3, 2014

~ Teaser ~

Assalamualaikum...
A very busy week. Tidak ada kesempatan untuk menulis dan meng update blog apetah lagi untuk berdiy.
Apa-apa pun, saya bagi teaser dulu. Saya dapat banyak bekas macam ini bila menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Bukan daripada satu majlis perkahwinan, tetapi 3 majlis yang berbeza. Kumpul-kumpul lepas tu, terfikirlah nak buat apa...


Bekas candy.

p/s : cer teka apa saya nak buat dengan bekas candy dalam goodies bag pengantin ni.

Thursday, August 21, 2014

DIY Shoe Rack

Assalamualaikum,

Dah hari jumaat baru ada mood nak menulis blog. Okaylah hari ini saya nak share diy rak kasut. Kebanyakkan orang suka beli rak kasut kayu yang dekat giant tu kan, saya pun suka jugak, tu yang request nak beli, tapi macam biasa, en.ed akan cakap "macam tu pun nak beli ker??? ;) tak payahlah, biar dia buat sendiri" ok fine... buat lerrrr.... tapi request jugak nak yang sebijik macam yang diorang jual tu... kekeke..dan macam biasa... buat punya buat tapi mesti biar togel tak bercat macam tu...Dah hampir 4 tahun duduk tak bercat macam tu...

So, masa bulan puasa lepas, en.ed ada beli cat putih untuk cat kerusi rehat dekat pangkin. Lepas ni saya sharekan kerusi rehat pangkin yang en.ed diy juga, tapi bukan sekarang sebab tak siap lagi. Sampai sekarang tak dapat cari sponged tempat duduk. Berbalik pada cerita rak kasut ni, semalam alang-alang cuaca cerah dan terang, dengan gigihnya saya mengecat rak kasut tu. Cat satu layer jer, sebab nak nampak ala-ala rustic gitu <- sebenarnya malas okeh... dan nak save cat... kahkahkah...

 So, layan jela pics yang baru lepas cat ni.

Gambar sebelum dan selepas bercat.

Gambar selepas disusun kasut dan selipar.

Maaflah yer sebab gambar step by step macam mana nak buat tu cheq takde.... projek lama cuma sekarang baru nak berbaju. haihhh.

For the mean time, kasut raya semua letak dekat atas rak ni.Sebulan raya, sebulanlah dia dekat situ. Tak adalah everytime nak keluar beraya kena buka almari kasut. Kalau dah ada atas rak ni senang, tinggal sarung jer. Kasut yang lain-lain saya simpan dalam almari kasut dalam rumah.

p/s : Mood bertafakur sempena kepulangan jenazah-jenazah MH17. Bagi yang beragama islam, saya doakan roh-roh mereka berada di kalangan orang-orang yang beriman. In shaa allah...




Wednesday, August 13, 2014

A Step by Step on How to Install a Down Light

Assalamualaikum,

Actually, ni project en.ed sebelum raya haritu. Raya belum habis..so belum terlambat kalau nak memasang apa-apa yang patut. Okaylah, ceritanya, kami pindah masuk rumah ni tahun 2009 sejurus selepas kahwin. Tapi dah dekat 5 tahun pun, masih ada point lampu yang belum ada lampu. So, raya tahun ni, en.ed pulun pasang semua point-point lampu yang ada. Ada 5 point lampu down light yang perlu di pasang. Itu pun baru pasang 3. Lagi 2 tak pasang sebab kesuntukan masa. Takpelah, at least setiap tahun ada projek untuk dibuat.

So, inilah dia a step by step on how to install a down light. Kalau dah tahu caranya, tak perlu panggil contractor pun untuk pasang down light.

Antara bahan-bahan penting yang diperlukan :
1. Casing bahagian luar down light.
2. Casing bahagian dalam down light, pensel.
3. Pita pelekat untuk wayar.
4. Driller dan juga goggles.

Nota : Bila beli down light, casing bahagian dalam, luar dan juga klip akan disertakan sekali dalam pack. So don't worry.

Sebelum memulakan kerja make sure pakai goggles, safety first. Sebab syiling cornice diperbuat daripada fiberglass. Bila terkena tangan pun sakit sebab dia menyucuk-nyucuk apatah lagi kalau terkena mata. Make sure anak-anak duduk jauh, sebab habuk yang berterbangan daripada fiberglass sangat tidak elok untuk pengudaraaan. Lebih-lebih untuk anak-anak yang ada lelah. Boleh athma dibuatnya.



Yang ni en.ed pakai goggles untuk swimming. Sebab itu je pun yang ada. Tu pun pinjammm...kahhhh

1. Cek bahagian dalam syiling yang hendak dipasang down light. Make sure tiada paip berdekatan syiling (supaya tidak terkena mata driller) dan syiling cukup kukuh untuk menampung berat down light.
2. Dengan menggunakan pensel dan casing bahagian dalam down light, lukiskan bentuk bulatan pada syiling.
3. Drill disekeliling bulatan yang dilukis tadi membentuk titik-titik sambungan.
4. Dengan menggunakan mata drill yang sama, gergaji titik-titik bulatan sehingga membentuk lubang bulat.
5. Pasangkan klip pada casing luar down light. Testing casing tersebut dengan memasukkan ke dalam lubang yang ditebuk tadi. (klip berfungsi sebagai penahan down light daripada jatuh)
6. Setelah testing dan lubang terkecil, sila gunakan gunting untuk membesarkan lubang. 

Tip penting : Harus diingat jika tertebuk lubang terlalu besar, down light berkemungkinan akan/selalu jatuh.



7. Setelah dipastikan lubang dah ngam-ngam dengan casing luar down light
Sambungkan wayar pada down light.
8. Pasang mentol pada down light. Sebelum memasang casing bahagian dalam down light, testing dahulu lampu sama ada menyala atau tidak.
9. Ambil casing bahagian dalam down light dan pasangkan pada casing luar.
10. Masukkan down light ke dalam lubang syiling. Dan testing... walllahhhh dah siap...hehe


p/s : Tula bagusnya jadi mandor time kontraktor buat kerja. Untung-untung boleh belajar indirectly daripada depa... kekeke

Tuesday, August 5, 2014

Flowers Arragement for Eid Day

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sudah pun memasuki minggu ke-2 aidilfitri. Raya-raya ni, sempat lagi untuk saya buat make over dan diy sikit-sikit deco berkaitan dengan bunga. Antaranya make over bunga lama. Bunga dah bertahun, nak buang sayang(confirm en.ed tak bagi)....so kita make over jela... en.ed pulak dok la menyanyi dekat telinga... bunga dia... bunga dia.... berbulan cari bunga dia tak jumpa-jumpa... so solution nya saya beli bunga biasa... then make over sikit bunga dia... kekeke... nak tunggu dia punya bunga, dah abis raya pon belum tentu dapat... dari 1 kedai ke 1 kedai kitorg pergi... ada je yang tak berkenannya... haissshhhh.... kalau bunga dia yang saya make over ni dia tak berkenan jugakkkkk cheq bagi dushhh kat dia.... kekeke...

recycle botol kaca jus kurma dan bunga telur pengantin.


After
Batu putih RM1.90 di kaison Paradigm Mall.


Bunga kesayangan en.ed after make over. Dah 4 tahun bunga ni.
Bunga pink kami beli di kaison RM16.90.

Untuk makluman, kaison Paradigm Mall terletak di tingkat 2. Rupa-rupanya banyak kedai dekat dalam ni. Nampak dari luar macam tak semengah, tapi bila masuk dalam semua kedai makan ada, johnny's, kenny rogers, nandos, old town, burger king, chatime, chillis, deli france, san francisco coffee house, subway, hot and roll, chicken rice shop, pappa roti...etc ... antara kedai baju yang ada, zara, cotton on, branded shop,dorothy perkin, DC, hush puppies, padini, elle, H&M.... etc... orang disekitar dah tak perlu pergi ke sunway lagi untuk shopping, sebab dekat sini, mostly semua kedai ada..

p/s : First time jejak kaki dekat Paradigm Mall. Gigih pulak cari kaison dekat dalam tu time bulan puasa on da way balik kepong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...