Pages

Wednesday, January 29, 2014

Ideas... ideas...ideas....

Assalamualaikum,
Baru jer blog walking beberapa site diy mat saleh. Kreatif diorang ni. Ingat dulu masa kecil-kecil selalu buat kraf dekat sekolah, buat kotak, sampan, penyodok sampah, tempat letak pisau, sudu, buat mangkuk dari kertas surat khabar, eh... banyak lagi lah... so jom tengok beberapa kraf yang menarik minat saya untuk mencuba.


1.
http://diycozyhome.com/diy-cutlery-holder/


2.
http://www.cremedelacraft.com/2013/07/DIY-Milk-Jug-Lunch-Box.html

3.
http://bestrainer.net/diy-snowball/

4.
http://es.aliexpress.com/item/Free-Shipping-Coffee-Cake-Motif-Desktop-DIY-Paper-Storage-Box-Cosmetic-Box-Finishing-Organizer-Box-Retail/920343974.html


5.

http://designyoutrust.com/2012/06/creative-diy-ideas/

6.

http://www.lifesweetlifeblog.com/2013/01/diy-easy-meal-planning-board-free.html


Untuk no.1 rasanya saya takdelah nak guna paku-paku kot. Maybe cantumkan tin-tin dengan masking tape jer. Kerja-kerja paku mamaku setakat ini kerja en.ed hehehe... Untuk kraf no.2 - no.6 boleh cuba buat dengan panglima besar.

p/s : Selamat bercuti panjang sempena Chinese New Year.


Sunday, January 26, 2014

My collectables

Assalamualaikum,
Sebelum ini, saya ada bagi tahu yang saya adalah seorang pengumpul. Tapi takdelah tegar sangat. Heeee yeke... ntahlah... anda nilailah sendiri. Boleh baca entry saya yang lepas DI SINI. So hari ini, saya nak reveal collections saya.


Duit syiling lama. Simpan saja-saja untuk kenangan. Ada yang sanggup bayar rm200-rm400 untuk sekeping duit syiling ni tau. Tapi sorry ye, saya tak jual, sebab kebanyakan duit syiling saya cuma ada seketul dua je. Nantilah saya kumpul-kumpul, kalau ada lebih dari 2 keping saya open for sale. Heeeeee....


Paper bags. Ada lebih daripada 50 paper bags dekat sini. Kumpul sebab ada paper bags kenangan masa kahwin dan tunang dolu-dolu, dan juga, senang nak bagi barang dekat orang, tak perlulah guna plastic bag kan. Environmental friendly gitewww....


Shopping bags. Yang ini memang sangat2 diperlukan waktu shopping di hari sabtu. Sokmo terlupa hari sabtu adalah hari without plastic bag. Biasanya saya siap-siap letak 2,3 shopping bags dalam stroller anak supaya tak lupa.<- tapi sabtu lepas masih lagi terlupa... aiyoooo.... kes dah bawak keluar barang-barang tak letak balik beg-beg tu dalam stroller. erm....


Kertas sampul hadiah time kahwin dulu dan sampul hadiah new born baby pun ada juga. Masih elok lagi semuanya tersimpan. Sudahpun dikeluarkan dari stor sekarang ini untuk projek-projek diy saya. 4 tahun bertapa dalam stor. Nasib baik masih cantik, tak di makan tikus ke lipas ker. Lipas boleh lagi terima, kalau tikus??? ishhhh... hopefully takdelah binatang/serangga perosak ini dalam rumah saya.


Plastic wrapping dapat daripada hamper-hamper new born baby masa anak pertama dan kedua. Yang ini pun saya simpan. Heeeeee....


Koleksi kad-kad kahwin pula. Semua kad kahwin ini adalah kad kahwin yang dialamatkan kepada saya ataupun yang dimasukkan ke dalam pos box saya. Ada jugakkk kad kahwin kawan-kawan en.ed sebab dah masuk pos box, memang saya akan simpan. Ada sesiapa nak kad kahwin dia semula buat kenangan? Bolehlah tengok-tengok kot-kot saya ada simpan lagi. Heeee... Tapi sejak 2 menjak ini, dah tak collect dah kad-kad kahwin, mungkin sebab dah jarang terima kot... :)


Setakat ini, itu jela barang-barang koleksi saya. Itu belum lagi kotak-kotak yang saya simpan dalam stor. Nak punggah? Tak gigih rr nak memunggah kotak-kotak yang ada. Kotak-kotak besar kebanyakkannya dah dibuang sebab en.ed kata menyemak, stor dah penuh, tak muat. Bila fikir-fikir balik, menyesal pun ada, sebab dah datang idea nak buat rumah kertas untuk anak, tapi kotaknya tak ada. Kalau kotak peti ais ada lagi sure dah buat dah. Mesti firas suka. Boleh berangan jela... sebab barang dah tak ada...

p/s : Macam dah jadi penyakit pula. erm..

Tuesday, January 21, 2014

Twinkle twinkle little star

Assalamualaikum,

Entry hari ini, nak cerita pasal decoration board untuk bilik firas. Decoration board ini sebenarnya hanyalah untuk tampal star glow in the dark. Dah lama saya beli, dekat setahun kot, tapi tak tertampal-tampal, sebab daddy tak bagi mummy tampal directly atas dinding. The reason, tak mahu dinding bilik kotor dengan kertas tampalan. Sebabnya bila dinding dah ada kesan tampalan, cat macam mana pun takkan hilang kesan tampalan itu. Gitewwwlahhh...kisahnya. So, kesimpulannya, terpaksalah saya diy board untuk tampal glow in the dark ini.

So, apa yang saya buat adalah, dengan menggunakan kotak yang digunakan untuk simpan safety gate anak saya, saya buat decoration board. Kenapa saya guna kotak safety gate adalah kerana, kotak safety gate mempunyai saiz yang besar yang mana saya potong kotak tu mengikut saiz yang saya kehendaki, kemudian balut cantik-cantik dengan kertas sampul. Kertas sampul pula, adalah hasil collection daripada kertas sampul hadiah kahwin saya dulu(recycling). Oleh kerana, projek diy kali ini adalah untuk bilik firas, so saya purposely suruh firas pilih sendiri kertas sampul mana yang dia berkenan dan hasilnya kertas sampul yang ada star juga. Dan macam biasa, firas akan tolong saya pegang sellotape, gunting dan menampal star-star dia tu. Bonding time orang tua-tua cakap. Sementelah lagi projek ini memang untuk dia, makin sukalah dia menolong mummy dia ni.... hehehe.

Untuk menampal board ni atas dinding tanpa meninggalkan kesan pula, saya hanyalah menggunakan sellotape biasa yang warna lutsinar tu. Buatkan sellotape tu dua lapisan macam double sided tape, kemudian tampal dekat setiap penjuru. Dan saya tampal dengan tampalan yang besar supaya tak mudah tertanggal daripada dinding. Sampai gitu sekali sebab sayang dinding punya pasal kan....haihhhh


Inilah hasilnya selepas di tampal di dinding bilik tidur firas. 

Tips : Ini juga adalah salah satu cara nak bagi anak cepat masuk tidur dalam bilik. Sebab excited nak tengok twinkle-twinkle little star. Dan wajiblah nyanyi twinkle-twinkle little star ni sebelum tidur. Aiyoooo...

p/s : star tu saya tampal di tepi-tepi board sahaja, sebab lepas ni nak tampal nama anak pula dekat tengah-tengah board tu. Tunggu dapat huruf yang cantik/printer dah sehat baru kita buat projek ni. In shaa allah.

Wednesday, January 15, 2014

A simple flower make over

Assalamualaikum,

Malam tadi sambil-sambil tengok tv, sambil mata jeling-jeling ke arah sangkar sebelah tv, sambil tengok panglima kecil tengah punggah bunga-bunga saya, tetiba je dapat idea. Oleh kerana dah bosan tengok gubahan bunga yang sama je kan tiap-tiap hari. So, hari ini nak buat make over sikit pada bunga yang sedia ada.

Rupa bentuk gubahan bunga sebelum make over. 


Sangkar yang dok di jeling-jeling.

Sangkar ni digunakan dalam hiasan hantaran kahwin 5 tahun lepas. 5 tahun terbiar atas almari. Last-last saya turunkan dan saja-saja letak sebelah tv sebagai deco la kononnya, tapi tak sangka jadi mainan panglima besar. Ke hulu ke hilir dia angkut sangkar ni. haihlah anak-anak...

Selepas make over.
Masukkan je bunga dengan pasu-pasu dia dalam sangkar tu.


Pandangan dari side atas

Balik-balik rumah je en.ed tanya, mana pasu bunga saya yang segi 4 tu? Dah pecah ke? huhu... bila saya tunjuk, terus dia cakap, nape tak letak je adik(panggilan untuk panglima kecil) dalam sangkar tu? Ha kan saya dah cakap panglima kecil ni memang pantang nampak bunga ni. Sampai en.ed pun suruh kurung je dia dalam sangkar tu eheh..<-gurau je tu, bukan betul-betul eh... Kami ibu bapa yang penyanyang muahahaha (ok masuk bakul angkat sendiri lagi..) muat pun idok nak masuk dalam tu.

Terima kasihlah kepada panglima-panglima dekat rumah ini. Sebab depa lah mummy boleh terfikir deco bunga cara ini. Sebab yang panglima cilik suka dok tarik-tarik bunga mummy sampai togel-togel daun dia, yang panglima besar pulak, suka bawak cage  tu ke hulu ke hilir. So, solusinya, mummy gabungkan kedua-duanya sekali. Akhirnya panglima cilik tak dapat dah cabut-cabut bunga mummy. Tapi panglima besar masih lagi suka angkut ke hulu ke hilir. Takpelah asal pandai letak balik sudahhhh ye abang firas..


p/s : Simple yet refreshing.


Tuesday, January 14, 2014

Hat and coat stand

Assalamualaikum..
Untuk kebanyakan orang mungkin tempat letak kot ni tidaklah diperlukan sangat. Tapi untuk biker, hat and coat stand ni sangatlah berguna. Terutama sekali untuk sangkut baju hujan, baju jaket or even helmet. Sebelum ini, en.ed main sangkut je dekat kepala kerusi. Sangat tidak praktikal dan serabut mata cheq melihatnya. So, sebagai solusinya kami membeli hat and coat stand daripada ikea iaitu RM119 sahaja. Berkenan dengan ikea ini, sebab design dia ala-ala english gitewww..


Macam biasa do it yourself.

Selepas siap dipasang.

Rupa dia selepas digantung dengan jaket dan topi.

p/s : Akan datang nak tukar kaler stand ni dengan kaler lain pulak. Kita main cat-cat pulak. In shaa allah..

Sunday, January 12, 2014

My spicy spice space

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak cerita pasal space untuk spice saya dengan menggunakan prinsip recycle, diy dan everything has it's place. Oleh sebab tuan rumah sangat rajin attend majlis-majlis kahwin kawan-kawan dan sekitar taman perumahan, so bekas spice saya adalah free of charge. Hasil daripada goodie-goodie bag yang saya dapat sepanjang menghadirkan diri ke majlis-majlis kahwin. Save bajet, tak perlu nak membeli bekas-bekas rempah.. I like benda-benda free macam ini. hehehe...

My spice area

Tempat bekas-bekas spice ini saya letak dekat bahagian belakang stove. Supaya senang nak capai masa nak memasak. Sebelah kanan sekali tu adalah bekas untuk letak sudu yang digunakan untuk mengambil rempah-rempah yang ada. Antara rempah-rempah yang ada adalah, garam, gula, aji, serbuk kunyit, black pepper, lada sulah dan juga stok ayam. Abaikan kaler penutup bekas yang dah hitam-hitam itu. Nama pun benda free, ada yang berkualiti, ada yang kurang berkualiti. Tapi don't worry, sebab bahagian dalam tak terjejas langsung.



p/s : Tak dapat nak tunjuk gambar kitchen cabinet, sebab tak buat pun lagi. It's a 10 years project kan... slow-slow kita mendaki.

Saturday, January 4, 2014

Taman mini saya..(My Mini Garden)

Assalamualaikum..
Okay kali ni nak cerita pasal taman mini saya.. tamanlah sangat kan. Sebenarnya tanah sekangkang kera kat tepi rumah tu je. heeeee... Kali ni adalah kali kedua kami buat taman ni. sebelum ni buat semberono je. So naiklah segala macam mak nenek rumput lalang. Sangat tidak kemas. Seminggu sekali mesti kena potong rumput. Kali ni, en.ed buat sehabis baik punya. and yes, projek taman rumah ni, kami diy je. Just upah orang tolong je. Takdelah nak hire kontraktor landskap bagai... mahaiiiii ooooo... mahu habis dekat rm2k. (sila baca -> kami kedekut benornyer..huhuhu). So kita buat jelah sendiri. Nasib baik ada tukang kebun aka en.hubby yang tahu selok belok membuat taman mini ni setelah kecundang kali pertama dulu kannnnn...(tq en.ed). Tulah lain kali dengar nasihat orang-orang tua, tak rugiiiii....hehehe...

1st step : Scrap balik semua tanah sekali dengan rumput-rumput dan akar-akar dia lebih kurang 2cm-4cm... scrap bagi liceeeennnn. Kalau dulu en.ed buat kerja ni seminggu baru siap scrap, kali ni dah expert tak sampai dua jam dah settle. Hasil kerjasama dari en.ed saya dan 2 orang pekerja upahan. hehh....

Hasil selepas di scrap.

2nd step : Make sure dah scrap tanah tu jangan lupa kasi racun. Penting sangat-sangat, supaya rumput-rumput atau akar-akar rumput yang tertinggal kat bawah tanah yang tak ter'scrap' tu mati. Kali ni kasi mati sama dia sekali gus. Kalau tidak, belum sempat rumput karpet naik, rumput lalang dah naik dulu.

3rd step : Sesudah racun tanah yang di scrap tadi, cepat-cepat tutup dengan pasir halus. Dah tutup dengan pasir pun racun lagi sekali dekat atas pasir tu, untuk make sure yang pasir tu tidak membawa benih-benih rumput kan... kalau ada pun, bagi mati jugak benih-benih rumput tu. Dah sudah racun, biarkan pasir tu dalam 2-3 hari. Untuk memastikan kesan racun sudah tidak ada di atas pasir.

Selepas ditutup dengan pasir halus  dan diracun.

4th step : Dah biar 2-3 hari, dah confident yang racun dah diserap sepenuhnya, it's time untuk menanam rumput karpet, oleh kerana kami diy taman ni, maknanya kami hanya membeli beberapa keping sahaja rumput karpet, kemudian potong kecil-kecil dan letak atas tanah pasir tadi. Biarkan dia membiak dengan sendirinya. It's will take about 6 month untuk dia merebak dan membiak.

Tanah pasir yang sudah ditanam dengan carpet grass.

Kali ni kami memilih rumput dari jenis yang sama juga dengan yang dulu iaitu philipines grass. Sebab tukang kebun tu kata, rumput jenis ni siram sehari sekali pun boleh hidup...muahahaha nampak no pemalasnya disitu..ihik ihik.. berbanding cow grass. Enn.ed saya memula berkenan dengan cow grass. Tapi setelah dipujuk dengan penuh mesra, akhirnya carpet grass menang...hehehe... kena ada skill disitu. Lagipun cow grass, tukang kebun bagi tahu, lagi leceh nak jaga... leceh macam mana?? saya malas nak ambil tahu. Sebab tak membeli cow grass kan, so malas nak ambil tahulah....heeeee...boleh???

Pemandangan dari sliding door tepi. En.ed cakap, macam duduk kat tepi pantai pulokkk... hehehe

Pokok bunga tu awal-awal saya tak berkenan dan nak buang dah pun, nasib baik, en.ed kata dia nak trim bagi cantik balik... dan hasilnya wallaweiiii... cantik la pulokkkk hehehe.. dengan batu-batu tersusun kat bawah tu kan.. huhu nasib baik dengar cakap suami. Tq en.hubby aka en.ed. Pasu-pasu tu semua kami beli dari ikea RM11 hinggit saja, tapi....tapi.... tak berapa nak elok... sebab mudah pecah. 2 pasu dah selamat dalam tong sampah sebab dah berkecai. Jenis pasu ikea ni jenis pasu yang tidak di bakar, tu yang cepat pecah tu. Baik beli pasu dekat ayer hitam jer... (bilalah nak balik kampung beli pasu...ermmmm)

Tips : Kalau nak tabur baja, tabur sekeliling rumput, bukan atas rumput, supaya rumput tu menjalar mencari makanan. Same goes to kalau siram air, if ada spot lagi yang belum ditutup rumput, siram air dekat spot pasir tu supaya rumput tu menjalar mencari air di kawasan tersebut.

p/s : Kita tunggu taman mini ni tumbuh rumput, then saya akan up hasilnya nanti. Actully tak siap lagi tu, ada beberapa pertambahan lagi untuk taman tu, takpe kita buat slow-slow. Kata pun projek 10 tahun... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...