Pages

Saturday, January 4, 2014

Taman mini saya..(My Mini Garden)

Assalamualaikum..
Okay kali ni nak cerita pasal taman mini saya.. tamanlah sangat kan. Sebenarnya tanah sekangkang kera kat tepi rumah tu je. heeeee... Kali ni adalah kali kedua kami buat taman ni. sebelum ni buat semberono je. So naiklah segala macam mak nenek rumput lalang. Sangat tidak kemas. Seminggu sekali mesti kena potong rumput. Kali ni, en.ed buat sehabis baik punya. and yes, projek taman rumah ni, kami diy je. Just upah orang tolong je. Takdelah nak hire kontraktor landskap bagai... mahaiiiii ooooo... mahu habis dekat rm2k. (sila baca -> kami kedekut benornyer..huhuhu). So kita buat jelah sendiri. Nasib baik ada tukang kebun aka en.hubby yang tahu selok belok membuat taman mini ni setelah kecundang kali pertama dulu kannnnn...(tq en.ed). Tulah lain kali dengar nasihat orang-orang tua, tak rugiiiii....hehehe...

1st step : Scrap balik semua tanah sekali dengan rumput-rumput dan akar-akar dia lebih kurang 2cm-4cm... scrap bagi liceeeennnn. Kalau dulu en.ed buat kerja ni seminggu baru siap scrap, kali ni dah expert tak sampai dua jam dah settle. Hasil kerjasama dari en.ed saya dan 2 orang pekerja upahan. hehh....

Hasil selepas di scrap.

2nd step : Make sure dah scrap tanah tu jangan lupa kasi racun. Penting sangat-sangat, supaya rumput-rumput atau akar-akar rumput yang tertinggal kat bawah tanah yang tak ter'scrap' tu mati. Kali ni kasi mati sama dia sekali gus. Kalau tidak, belum sempat rumput karpet naik, rumput lalang dah naik dulu.

3rd step : Sesudah racun tanah yang di scrap tadi, cepat-cepat tutup dengan pasir halus. Dah tutup dengan pasir pun racun lagi sekali dekat atas pasir tu, untuk make sure yang pasir tu tidak membawa benih-benih rumput kan... kalau ada pun, bagi mati jugak benih-benih rumput tu. Dah sudah racun, biarkan pasir tu dalam 2-3 hari. Untuk memastikan kesan racun sudah tidak ada di atas pasir.

Selepas ditutup dengan pasir halus  dan diracun.

4th step : Dah biar 2-3 hari, dah confident yang racun dah diserap sepenuhnya, it's time untuk menanam rumput karpet, oleh kerana kami diy taman ni, maknanya kami hanya membeli beberapa keping sahaja rumput karpet, kemudian potong kecil-kecil dan letak atas tanah pasir tadi. Biarkan dia membiak dengan sendirinya. It's will take about 6 month untuk dia merebak dan membiak.

Tanah pasir yang sudah ditanam dengan carpet grass.

Kali ni kami memilih rumput dari jenis yang sama juga dengan yang dulu iaitu philipines grass. Sebab tukang kebun tu kata, rumput jenis ni siram sehari sekali pun boleh hidup...muahahaha nampak no pemalasnya disitu..ihik ihik.. berbanding cow grass. Enn.ed saya memula berkenan dengan cow grass. Tapi setelah dipujuk dengan penuh mesra, akhirnya carpet grass menang...hehehe... kena ada skill disitu. Lagipun cow grass, tukang kebun bagi tahu, lagi leceh nak jaga... leceh macam mana?? saya malas nak ambil tahu. Sebab tak membeli cow grass kan, so malas nak ambil tahulah....heeeee...boleh???

Pemandangan dari sliding door tepi. En.ed cakap, macam duduk kat tepi pantai pulokkk... hehehe

Pokok bunga tu awal-awal saya tak berkenan dan nak buang dah pun, nasib baik, en.ed kata dia nak trim bagi cantik balik... dan hasilnya wallaweiiii... cantik la pulokkkk hehehe.. dengan batu-batu tersusun kat bawah tu kan.. huhu nasib baik dengar cakap suami. Tq en.hubby aka en.ed. Pasu-pasu tu semua kami beli dari ikea RM11 hinggit saja, tapi....tapi.... tak berapa nak elok... sebab mudah pecah. 2 pasu dah selamat dalam tong sampah sebab dah berkecai. Jenis pasu ikea ni jenis pasu yang tidak di bakar, tu yang cepat pecah tu. Baik beli pasu dekat ayer hitam jer... (bilalah nak balik kampung beli pasu...ermmmm)

Tips : Kalau nak tabur baja, tabur sekeliling rumput, bukan atas rumput, supaya rumput tu menjalar mencari makanan. Same goes to kalau siram air, if ada spot lagi yang belum ditutup rumput, siram air dekat spot pasir tu supaya rumput tu menjalar mencari air di kawasan tersebut.

p/s : Kita tunggu taman mini ni tumbuh rumput, then saya akan up hasilnya nanti. Actully tak siap lagi tu, ada beberapa pertambahan lagi untuk taman tu, takpe kita buat slow-slow. Kata pun projek 10 tahun... :)


6 comments:

  1. wahhh projek seploh tahun gituuuu..hihi....nti up hasilnya tau...ktrg hr tu tnm rumput tak buh pasir, agak berbukit2 bukau tanah jadiknya....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah projek 10 tahun fizah, sebab tengok ongkosnye jugak....hehehe... fizah tanam rumput apa?? Kalau cow grass x perlu pasir rasanya...

      Delete
  2. Byk tips tanam rumput yg dh terbongkar kt cni..info bguna ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terbongkarlah sangat sha... hehehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...