Pages

Thursday, August 21, 2014

DIY Shoe Rack

Assalamualaikum,

Dah hari jumaat baru ada mood nak menulis blog. Okaylah hari ini saya nak share diy rak kasut. Kebanyakkan orang suka beli rak kasut kayu yang dekat giant tu kan, saya pun suka jugak, tu yang request nak beli, tapi macam biasa, en.ed akan cakap "macam tu pun nak beli ker??? ;) tak payahlah, biar dia buat sendiri" ok fine... buat lerrrr.... tapi request jugak nak yang sebijik macam yang diorang jual tu... kekeke..dan macam biasa... buat punya buat tapi mesti biar togel tak bercat macam tu...Dah hampir 4 tahun duduk tak bercat macam tu...

So, masa bulan puasa lepas, en.ed ada beli cat putih untuk cat kerusi rehat dekat pangkin. Lepas ni saya sharekan kerusi rehat pangkin yang en.ed diy juga, tapi bukan sekarang sebab tak siap lagi. Sampai sekarang tak dapat cari sponged tempat duduk. Berbalik pada cerita rak kasut ni, semalam alang-alang cuaca cerah dan terang, dengan gigihnya saya mengecat rak kasut tu. Cat satu layer jer, sebab nak nampak ala-ala rustic gitu <- sebenarnya malas okeh... dan nak save cat... kahkahkah...

 So, layan jela pics yang baru lepas cat ni.

Gambar sebelum dan selepas bercat.

Gambar selepas disusun kasut dan selipar.

Maaflah yer sebab gambar step by step macam mana nak buat tu cheq takde.... projek lama cuma sekarang baru nak berbaju. haihhh.

For the mean time, kasut raya semua letak dekat atas rak ni.Sebulan raya, sebulanlah dia dekat situ. Tak adalah everytime nak keluar beraya kena buka almari kasut. Kalau dah ada atas rak ni senang, tinggal sarung jer. Kasut yang lain-lain saya simpan dalam almari kasut dalam rumah.

p/s : Mood bertafakur sempena kepulangan jenazah-jenazah MH17. Bagi yang beragama islam, saya doakan roh-roh mereka berada di kalangan orang-orang yang beriman. In shaa allah...




Wednesday, August 13, 2014

A Step by Step on How to Install a Down Light

Assalamualaikum,

Actually, ni project en.ed sebelum raya haritu. Raya belum habis..so belum terlambat kalau nak memasang apa-apa yang patut. Okaylah, ceritanya, kami pindah masuk rumah ni tahun 2009 sejurus selepas kahwin. Tapi dah dekat 5 tahun pun, masih ada point lampu yang belum ada lampu. So, raya tahun ni, en.ed pulun pasang semua point-point lampu yang ada. Ada 5 point lampu down light yang perlu di pasang. Itu pun baru pasang 3. Lagi 2 tak pasang sebab kesuntukan masa. Takpelah, at least setiap tahun ada projek untuk dibuat.

So, inilah dia a step by step on how to install a down light. Kalau dah tahu caranya, tak perlu panggil contractor pun untuk pasang down light.

Antara bahan-bahan penting yang diperlukan :
1. Casing bahagian luar down light.
2. Casing bahagian dalam down light, pensel.
3. Pita pelekat untuk wayar.
4. Driller dan juga goggles.

Nota : Bila beli down light, casing bahagian dalam, luar dan juga klip akan disertakan sekali dalam pack. So don't worry.

Sebelum memulakan kerja make sure pakai goggles, safety first. Sebab syiling cornice diperbuat daripada fiberglass. Bila terkena tangan pun sakit sebab dia menyucuk-nyucuk apatah lagi kalau terkena mata. Make sure anak-anak duduk jauh, sebab habuk yang berterbangan daripada fiberglass sangat tidak elok untuk pengudaraaan. Lebih-lebih untuk anak-anak yang ada lelah. Boleh athma dibuatnya.



Yang ni en.ed pakai goggles untuk swimming. Sebab itu je pun yang ada. Tu pun pinjammm...kahhhh

1. Cek bahagian dalam syiling yang hendak dipasang down light. Make sure tiada paip berdekatan syiling (supaya tidak terkena mata driller) dan syiling cukup kukuh untuk menampung berat down light.
2. Dengan menggunakan pensel dan casing bahagian dalam down light, lukiskan bentuk bulatan pada syiling.
3. Drill disekeliling bulatan yang dilukis tadi membentuk titik-titik sambungan.
4. Dengan menggunakan mata drill yang sama, gergaji titik-titik bulatan sehingga membentuk lubang bulat.
5. Pasangkan klip pada casing luar down light. Testing casing tersebut dengan memasukkan ke dalam lubang yang ditebuk tadi. (klip berfungsi sebagai penahan down light daripada jatuh)
6. Setelah testing dan lubang terkecil, sila gunakan gunting untuk membesarkan lubang. 

Tip penting : Harus diingat jika tertebuk lubang terlalu besar, down light berkemungkinan akan/selalu jatuh.



7. Setelah dipastikan lubang dah ngam-ngam dengan casing luar down light
Sambungkan wayar pada down light.
8. Pasang mentol pada down light. Sebelum memasang casing bahagian dalam down light, testing dahulu lampu sama ada menyala atau tidak.
9. Ambil casing bahagian dalam down light dan pasangkan pada casing luar.
10. Masukkan down light ke dalam lubang syiling. Dan testing... walllahhhh dah siap...hehe


p/s : Tula bagusnya jadi mandor time kontraktor buat kerja. Untung-untung boleh belajar indirectly daripada depa... kekeke

Tuesday, August 5, 2014

Flowers Arragement for Eid Day

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sudah pun memasuki minggu ke-2 aidilfitri. Raya-raya ni, sempat lagi untuk saya buat make over dan diy sikit-sikit deco berkaitan dengan bunga. Antaranya make over bunga lama. Bunga dah bertahun, nak buang sayang(confirm en.ed tak bagi)....so kita make over jela... en.ed pulak dok la menyanyi dekat telinga... bunga dia... bunga dia.... berbulan cari bunga dia tak jumpa-jumpa... so solution nya saya beli bunga biasa... then make over sikit bunga dia... kekeke... nak tunggu dia punya bunga, dah abis raya pon belum tentu dapat... dari 1 kedai ke 1 kedai kitorg pergi... ada je yang tak berkenannya... haissshhhh.... kalau bunga dia yang saya make over ni dia tak berkenan jugakkkkk cheq bagi dushhh kat dia.... kekeke...

recycle botol kaca jus kurma dan bunga telur pengantin.


After
Batu putih RM1.90 di kaison Paradigm Mall.


Bunga kesayangan en.ed after make over. Dah 4 tahun bunga ni.
Bunga pink kami beli di kaison RM16.90.

Untuk makluman, kaison Paradigm Mall terletak di tingkat 2. Rupa-rupanya banyak kedai dekat dalam ni. Nampak dari luar macam tak semengah, tapi bila masuk dalam semua kedai makan ada, johnny's, kenny rogers, nandos, old town, burger king, chatime, chillis, deli france, san francisco coffee house, subway, hot and roll, chicken rice shop, pappa roti...etc ... antara kedai baju yang ada, zara, cotton on, branded shop,dorothy perkin, DC, hush puppies, padini, elle, H&M.... etc... orang disekitar dah tak perlu pergi ke sunway lagi untuk shopping, sebab dekat sini, mostly semua kedai ada..

p/s : First time jejak kaki dekat Paradigm Mall. Gigih pulak cari kaison dekat dalam tu time bulan puasa on da way balik kepong.

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum,

Maafkan saya jika ada perkataan saya yang menyakitkan hati anda,
Maafkan saya jika ada perkataan saya yang mengguris hati anda,
Maafkan saya jika ada perkataan saya yang menyentuh perasaan anda,

Maafkan saya jika selama kita berkenalan saya ada berbuat salah dengan atau tanpa disedari.

Semoga anda semua berbahagia menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta.

Drive baik-baik, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah anak-anak dan isteri yang disayangi...




Monday, July 21, 2014

My Living Room Area ~ Ruang Tamu Raya 2014

Assalamualaikum,

Deko ruang tamu pulak. Raya nak dekat yea...yeayyy.... hehe...Okaylah, untuk tingkat bawah ni, sebenarnya ada 2 ruang tamu. 1 ruang tamu untuk family dan satu lagi lebih kepada ruang tamu formal. Tapi tidaklah formal mana, sebab panglima-panglima saya masih lagi suka memunggah kusyen-kusyen yang ada di situ, menyusunatur meja-meja lepas tu main lompat dari meja ke kerusi... hah... boleh bayangkan tak tahap kesepahan dia... lotihh maknyer nak ngemas.... terasa macam nak pasang pintu sliding, bagi tutup terus bahagian ni, tapi tak praktikal sebab ruang rumah nampak lebih sempit dan anak-anak tak bebas bermain.

Okay, untuk ruang tamu family, boleh baca selanjutnya dekat SINI ye, sebab saya dah pernah share sebelum ini. Bagi ruang tamu formal pula, saya menggunakan perabot kayu jati, kekonon nak deco ala-ala France. So, furniture yang kami pilih pun ala-ala France. Tapi oleh sebab laki bini tak pandai men deco, ala France semuanya ke laut... haishhhh...

Perabot jati saya ni bukan gred A, gred biasa-biasa je. Gred A cheq x mampu, jati ni tak tahu gred apa, tapi yang pasti, ni kayu jati muda, that why kalau angkat tak berat sangat dan warna kayu dia light brown tak berapa hitam. Kalau kayu jati gred A which is kayu tua, yang itu memang berat, kayu pun kehitaman sedikit warnanya dan harganya of course lagi mahal. nasib baiklah perabot jati yang berwarna kehitaman saya tak berapa minat, kalau tidak kopaklah duit tabung.

Set perabot jati ni saya beli di puchong. Tak ingat nama kedai dia, tapi kedai dia betul-betul dekat tepi highway dan sebelah dengan flyover selepas tol RM1.60. Actually, kedai dia juga buat custom made furniture dan juga upholstery perabot lama. Kalau ada perabot lama yang nak tukar baju tu boleh hantar ke kedai dia. Saya beli perabot ni pada awal tahun 2010. Alhamdulillah sekarang dah 4 tahun guna, masih kukuh, kain pun masih cantik, sebab jarang guna ruang ni.

Macam yang saya bagi tahu dekat entry saya yang lepas, en.ed memang suka menyusunatur perabot dia. So, meh kita tengok berapa kali dah susunatur ruang ni berubah. Tapi ni sebahagian sahaja, sebab gambar lama semua dalam external hardisk.

1. Living room area for the year 2013. 
Perasan tak frame tu, dah berubah kedudukannya ke dining hall saya.


Ruang tamu akhir tahun 2013. Kekonon nak mewujudkan reading corner di situ. 
Tak berapa praktikal sebab susah cheq nak membersihkan kabinet kat ceruk tu.


Ruang tamu awal tahun 2014. 
Frame atas kerusi sudah bertukar..


Ruang tamu raya 2014. 
In shaa allah deco belum muktamad. Selagi belum raya, selagi tu la akan ada perubahan.... hehe


p/s : If kawan-kawan tak keberatan, cer vote susunatur ruang tamu mana yang kawan-kawan suka. Mana tahu cheq tukar semula sebelum raya.... kekekeke...

Wednesday, July 16, 2014

Reorganized and Cleaning Display Cabinet

Assalamualaikum,
Raya nak datang.... so sebelum puasa lagi, saya dah buat some deep cleaning. Penting supaya tidak kehilangan tenaga masa bulan puasa semata-mata melakukan kerja-kerja pembersihan. Bolehlah tumpukan lebih masa untuk beribadat dengan lebih tekun. In shaa allah.

Okay, some of the most important thing yang saya buat sebelum puasa bermula adalah membersihkan display cabinet. Display cabinet ni jenis open, tiada penutup, so segala habuk berjemaahlah berkumpul dekat situ. Satu kerja yang tidak susah tetapi remeh. Kabinet ini adalah pembahagi antara ruang dapur dan juga ruang makan. Takkan nak bagi tetamu makan sambil mata tertumpu pada habuk-habuk yang tebal dekat kabinet tu kan. So, that why it' s an important task. Fuhhh... memang berpeluh ketiak membersihkan pinggan mangkuk dan segala macam perhiasan dekat kabinet ni. And some of the magazine I use a different approach to make it more simpler the next time I need to clean the cabinet again. Which is, I store it in a box. Tapi en.ed kata, nanti orang tak nampaklah magazines tu? Okay the main reason we put the cabinet there, is to have an area like a mini library, but it turn out to be unused. So, there's no point on displaying the magazines isn't? heheehe...

Ada 2 kabinet yang perlu dibersihkan, dibersihkan daripada habuk dan juga daripada perhiasan-perhiasan yang main letak je dekat situ. Iaitu, door gift yang kami dapat daripada wedding ceremony, ataupun kenduri-kendara. Oleh sebab tak ada tempat khusus untuk meletak semua perhiasan tersebut, jadinya dekat kabinet itu jugakla tempatnyer. So, selain daripada membersihkan kabinet daripada habuk dan kekotoran, the purpose of this cleaning also to take out mana-mana perhiasan yang tidak bersesuaian dengan tema rumah. Tema rumah pada tahun ini masih lagi merah hati.



So, here's the look before and after I reorganized the cabinet. 
Can you spot the clutter???


Here's the look of my cabinet from the side of dining area.

Tip untuk menyusunatur ruang kabinet :
1. "When styling bookshelves, small pieces looks more dramatic and less cluttered when grouped with like items". Professional organizer Nancy Heller
2. Make sure to place books or more big items in the lower cabinet.
3. "Don't put paperbacks or the ones that got wet on vacation out.If you have a good collection of books, you don't need to display paperbacks. You have to be able to let go." Professional organizer Linda Rothchild.

Untuk no.3 tu, saya memang banyak buku yang paperback. Nak tak nak memang kena letak gak kat situ. Kalau tidak storlah jawabnya tempatnyer. Haihhhhh....


p/s : Masih lagi newbie dalam menyusunatur ruang kabinet ni. Still tak nampak comel... erm... Maybe I need to buy/diy more storage box, untuk simpan semua perhiasan yang kami dapat dan bawak keluar time tukar theme rumah. Boleh gitu???

Tuesday, July 8, 2014

My Dining Area

Assalamualaikum,

Sejak mula pindah masuk rumah lagi ruang tamu, ruang makan di rumah saya ni sudah banyak kali berubah susunatur dia. Sebab en.ed sangat rajin menukar-nukar susunatur furniture dekat tingkat bawah ni. Tak larat rasanya nak amik gambar setiap kali susunatur berubah.

Dan sempena nak raya ni, memang berubah lagilah susunatur perabot saya. Boring katanya. So, setiap kali raya, susunatur furniture memang akan berbeza dari raya sebelumnya. As for me, suka je...ihik ihik, as long as me tengok je... dan tukang bagi arahan... kekeke...



Ruang makan satu masa dahulu... 
Open trang- tang-tang ha.... terus nampak dapur yang berserabut... 
Tak yah share lah ye gambar dapur, cheq segan.... huhu


Ruang makan raya 2014. Saya request untuk alih kabinet menutup sebahagian besar dapur yang tidak ber kitchen cabinet.



Dinding ruang makan selepas di beri nafas baru. Takdelah kosong sangat macam ni. 
Frame present masa kahwin. 
Set meja ni kami dapat free... sukeeee... kebetulan cousin en.ed nak pindah rumah, so, semua furniture dia beli baru, yang lama-lama dia sedekahkan. Kami dapat grab meja makan jerk. Alhamdulillah.


Macam biasa, kepimpinan melalui teladan kekdahnya. 
Semoga berkekalan sampai ke besar kerajinan menolong bapak dia ni. 
(Cheq buat kuih dia langsung tak pandang... sob...sob...)


Pemandangan keseluruhan ruang makan. 
Hopefully bertahanlah display cabinet tu dekat situ sampai kami ada kitchen cabinet.


p/s : Lepas ni saya share pula ruang tamu saya yang dah di reorganized juga. Sebab kabinet dah letak dekat ruang makan. Mood nak join contest susunatursioca banyak-banyak.... sebab hadiah-hadiah dia sangatlah mengujakan hati saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...