Pages

Sunday, January 26, 2014

My collectables

Assalamualaikum,
Sebelum ini, saya ada bagi tahu yang saya adalah seorang pengumpul. Tapi takdelah tegar sangat. Heeee yeke... ntahlah... anda nilailah sendiri. Boleh baca entry saya yang lepas DI SINI. So hari ini, saya nak reveal collections saya.


Duit syiling lama. Simpan saja-saja untuk kenangan. Ada yang sanggup bayar rm200-rm400 untuk sekeping duit syiling ni tau. Tapi sorry ye, saya tak jual, sebab kebanyakan duit syiling saya cuma ada seketul dua je. Nantilah saya kumpul-kumpul, kalau ada lebih dari 2 keping saya open for sale. Heeeeee....


Paper bags. Ada lebih daripada 50 paper bags dekat sini. Kumpul sebab ada paper bags kenangan masa kahwin dan tunang dolu-dolu, dan juga, senang nak bagi barang dekat orang, tak perlulah guna plastic bag kan. Environmental friendly gitewww....


Shopping bags. Yang ini memang sangat2 diperlukan waktu shopping di hari sabtu. Sokmo terlupa hari sabtu adalah hari without plastic bag. Biasanya saya siap-siap letak 2,3 shopping bags dalam stroller anak supaya tak lupa.<- tapi sabtu lepas masih lagi terlupa... aiyoooo.... kes dah bawak keluar barang-barang tak letak balik beg-beg tu dalam stroller. erm....


Kertas sampul hadiah time kahwin dulu dan sampul hadiah new born baby pun ada juga. Masih elok lagi semuanya tersimpan. Sudahpun dikeluarkan dari stor sekarang ini untuk projek-projek diy saya. 4 tahun bertapa dalam stor. Nasib baik masih cantik, tak di makan tikus ke lipas ker. Lipas boleh lagi terima, kalau tikus??? ishhhh... hopefully takdelah binatang/serangga perosak ini dalam rumah saya.


Plastic wrapping dapat daripada hamper-hamper new born baby masa anak pertama dan kedua. Yang ini pun saya simpan. Heeeeee....


Koleksi kad-kad kahwin pula. Semua kad kahwin ini adalah kad kahwin yang dialamatkan kepada saya ataupun yang dimasukkan ke dalam pos box saya. Ada jugakkk kad kahwin kawan-kawan en.ed sebab dah masuk pos box, memang saya akan simpan. Ada sesiapa nak kad kahwin dia semula buat kenangan? Bolehlah tengok-tengok kot-kot saya ada simpan lagi. Heeee... Tapi sejak 2 menjak ini, dah tak collect dah kad-kad kahwin, mungkin sebab dah jarang terima kot... :)


Setakat ini, itu jela barang-barang koleksi saya. Itu belum lagi kotak-kotak yang saya simpan dalam stor. Nak punggah? Tak gigih rr nak memunggah kotak-kotak yang ada. Kotak-kotak besar kebanyakkannya dah dibuang sebab en.ed kata menyemak, stor dah penuh, tak muat. Bila fikir-fikir balik, menyesal pun ada, sebab dah datang idea nak buat rumah kertas untuk anak, tapi kotaknya tak ada. Kalau kotak peti ais ada lagi sure dah buat dah. Mesti firas suka. Boleh berangan jela... sebab barang dah tak ada...

p/s : Macam dah jadi penyakit pula. erm..

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...